Followers

Wednesday, 26 September 2012

Kalau udah meleleh air-liur nak naik jet peribadi.....tanyalah orang Bagan Datoh

Gambar jet peribadi Jackie Chan sebagai hiasan

Di peringkat orang kampong pinjam meminjam adalah perkara biasa.

Ada yang beri pinjam gerek......ada yang beri pinjam beras malahan ada yang beri pinjam duit......dan mereka saling percaya antara satu sama lain, begitulah kuatnya ukhwah di antara mereka.

Di bandar mungkin mereka tak lagi guna basikal (gerek).....mungkin pinjam motorsikal dan kalau mereka teramat bersahabat baik mungkin pinjam kereta malahan duit beribu2.

Bagi yang jenis muka sepuluh sen bila serah balik motorsikal......minyak hanya berbaki ciput2 dan kalau pinjam duit sentiasa memohon dari peminjam agar disemak semula plan pembayaran.....itu adalah tanda-tanda minta simpati untuk melupus pinjaman.

Pokoknya di sini ialah pinjam-meminjam adalah perkara biasa.....cuma ia bergantung kepada ukhwah dan keikhlasan di antara si peminjam dengan si beri pinjam tanpa ada udang di sebalik tempeh (rujuk kepada lontong malam tadi selepas usrah di rumah albrangi).

Di peringkat orang politik, fenomena pinjam meminjam juga wujud tapi classnya sedikit ataslah......pinjam duit seratus dua tak mainlah......pinjam gerek atau motorsikal tak mainlah......pinjam beras jauh sekali (mana ada class Maria)......mereka beri pinjam kereta yang harga 'ratuih2' ribu dan yang lebih class lagi mereka beri pinjam jet peribadi.

Nak ceritanya disini sampai ke tahap tu mereka sanggup beri pinjam......begitulah tahap keintiman dan keikhlasan di antara sang peminjam dengan sang pemberi pinjam.

Nak ukur samada sang pemberi pinjam itu ada beberapa 'ekoq udang di celah-celah tempe' yang nak dicari......itu hanya mereka berdua dan Allah SWT sahaja yang tahu.

Tapi kalau seorang penjawat awam seperti sorang jurutera dengan kontraktor yang buat projek di bawah pengurusannya maka perbuatan pinjam-meminjam ini boleh dipersoalkan dan SPRM boleh pastikan samada jumlah 'udang di sebalik tempe' akan dapat di'suap' ke mulut atau tidak.

Bertambah parah lagi kalau seorang ahli politik yang partinya membentuk Kerajaan sementelah lagi yang bertaraf Menteri diberi pinjam jet peribadi untuk perjalan yang jauh......nun ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji, untuk mencari keredhoaan TuhanNYA, untuk menyerah diri kepada Pemilik Baitullah itu, walaupun ia berjalan dengan ikhlas(hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui) tapi ia menimbulkan fitnah yang besar di kaca mata rakyat. Sila baca seterusnya DI SINI .

Hangat diperkatakan sekarang ialah Anwar diberi pinjam jet peribadi oleh sahabat karibnya.

Isunya sekarang, salah atau pun tidak?

Bagi albrangi oleh kerana Anwar tidak memegang apa-apa jawatan dalam Kerajaan maka ia tidak menjadi satu kesalahan......ikhlas atau sebaliknya si pemberi pinjam bergantung sejauhmana keintiman...keukhwahan mereka berdua...jikalau si pemberi pinjam juga seorang yang mengharap satu perubahan lanskap politik di Malaysia selepas PRU nanti benar-benar berlaku, maka perbuatannya memberi pinjam jet peribad itu adalah satu pengorbanan yang besar tetapi jika sebaliknya itu adalah di antaranya dengan Allah SWT.

Sekarang ada sorang lagi sang penyibuk yang ingin menangguk di air yang keruh atau meleleh air-liur ingin merasai naik jet peribadi serta meng'hentak-hentak' kaki nak merasainya sedang ber'teriak'......Saya tak tahu di Malaysia berapa bayarannya tetapi kalau dipinjamkan, kita kena siasat kenapa orang itu sanggup pinjamkan?” katanya selepas merasmikan Kolokium Pendidikan Daerah Batu Pahat di Pusat Latihan Teknologi Tinggi di sini, semalam. [sumber .]

Anwar telah jelaskan, pergi aje kat DCA, semua maklumat ada di situ.

al-brangionline:

Kalau nak tahu siapa peminjamnya bertanyalah kat orang Bagan Datoh......dia pun pernah diberi pinjam jet peribadi.