Followers

Thursday, 13 September 2012

Jom layan 'Caklempong'......alahai anak omak...

Abang misai:

Takkan tak boleh runding? Sepenggal ajo lagi.....banyak lagi kojo den belum selosai. Jom cari lomang dan itik salai kek Kolo Pilah.


Abang Tembam:

Tunggu le dalam masa dua minggu lagi. Ambe dok berahi lemang sebab cepak ngatuk. Saya banyok kerjer laing lagi. Pung ambe dok berapa berahi itik sebab dia nyudu hok busuk je......hehehehehe (Saya tak suka lemang sebab cepat mengantuk. Saya ada banyak kerja lain lagi. Pun saya tak berapa suka itik sebab dia menyudu yang busuk-busuk aje.)

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan membuat pendedahan baru dalam tempoh dua minggu - dakwaan skandal melibatkan Menteri Besar Datuk Seri Negeri Sembilan Mohamad Hassan (bawah).

Bercakap dalam majlis makan malam PKR di Seremban semalam, Rafizi menyifatkan perkara itu sebagai "berita baik" kepada pemimpin pembangkang dan penyokong Pakatan Rakyat.

NONE"Dalam tempoh dua minggu, saya akan dedahkan skandal melibatkan Mohamad Hassan," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 300 peserta dalam majlis itu.

Rafizi sebelum ini menjadi perhatian apabila 'meletupkan' isu National Feedlot Corporation (NFC) milik bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang kemudian mengheretnya dalam saman fitnah di mahkamah.

Malam tadi, menceritakan perkembangan kesnya, Rafizi berkata, peguam NFC telah menulis kepada pasukan pembelaannya untuk menggantung sekejap kes itu.

Beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan tarikh pilihan raya yang semakin hampir.
[sumber .]

al-brangionline:

Jom kita layan 'Caklempong'......alahai anak omak.....