Setiap kali menyambut tahun baru, menyambut hari keMerdekaan dan berbagai-bagai 'hari' lagi janji ada show, ada konsert, ada event 'lara' akan pasti ada pasangan gian dan gatal akan menepati janji manis mereka dalam ertikata lain 'Janji ditepati' dicekup dalam kereta atau hotel bajet.Orang akan bertanya, 'kalau tak ada konsert atau program-program 'laro' adakah akan wujud sifat maksiat?
Saya berani menjawab.....tetap akan ada maksiat tapi kemungkinan peratusannya rendah. Selalu hujah ini akan disanggah oleh mereka yang belajar tinggi hingga ke Amarika atau Londong terutama yang ada Pee ech Dee kerana kononnya tiada data konkrit serta bukti yang menyakinkan.....lantak pee-lah.
Saya inigin bertanya mereka yang ada pee ech dee nih, mesti ke setiap kali menyambut kemerdekaan rakyat disogok dengan konsert?
Wajib kah rakyat Malaysia menyambut tahun baru atau apa-apa malam yang berjenama lain?
Semoga Ulaa-mak dan Tok Peti jawab......kalau tak wajib sekali pun harusssskah kita orang Islam menyambut tahun baru?
Harusss ke kita hangpa menyelit konsert untuk 'menipu' remaja membanjiri stadium untuk meraikan Malam Kemerdekaan dan malam-malam yang lain?
Malam semalam sorang Datok gian dicekup bersama kekasihnya dan beberapa pasangan remaja. Purata umur yang ditangkap adalah semuda 20 tahun hingga sebangka 50 tahun lebih.
'Syabas' kerana itulah yang dinamakan 'janji ditepati' kerana pasangan itu sudah pasang niat serta azam yang tinggi untuk melayani pasangan masing-masing dan dengan tertangkapnya mereka yang sudah lama gersang itu maka 'janji (mereka) ditepati.
'Syabas' sekali lagi kepada penganjur serta mereka yang 'meraikan' malam yang syahdu itu serta penaja yang 'budiman'. [sumber .]
al-brangionline:
Teringat lagu Allahyarhamah Saloma 'Apa Guna Berjanji'.
Apa guna berjanji
Kalau tak ditepati
Kelak meracun hati
Tuan sendiri
Mengigit jari
Jangan main asmara
Bukan mudah bercinta
Yang ditunggu tak tiba
Tidur tak lena
Mandi tak basah
(Korus)
Dengar lah
Nasihat ku ini
Mari hiburkan hati
Apa guna berduka cita
Nanti tuan merana
Oh…awaslah
Wahai taulan
Cinta bukan mainan
Bila sudah tertawan
Tak takut ribut
Ataupun taufan
(Ulang korus)
Maaf mencelah. Majlis dan acara besar selalunya mengundang Melayu berduyun-duyun memeriahkan suasana. Melayu mmg sukakan kemeriahan dan keseronokan palsu, Maka Melayulah selalunya dimangsakan supaya Melayu melupakan kesengsaran dan kekusutan kemelut sebenar masyarakatnya. Jom Heboh, Karnival berbagai jarang dituruti kaum lain malah mereka mengambil peluang menjalankan perniagaan pula menyediakan perkhidmatan kepada pengunjung Melayu yang seolah-olahnya orang kaya sedang berbelanja besar.
ReplyDeleteSokong nasa.tepat sekali.Melayu telah dibudayakan oleh pemerintah selama berpuluh tahun supaya berhibur agar lupa tentang penderitaan dan kesempitan hidup mereka.. bertentanagan dengan suruhan Islam supaya banyak mengadu dan bersyukur kepada Allah.Ini adalah meniru taktik yang dilakukan oleh syaitan bagi menyesatkan manusia.Bila Melayu dah leka dan perut berasa lapar, mudahlah dirasuah dengan BR1M.
ReplyDelete