Followers

Friday, 7 September 2012

Boss nombor satu amenu 'sembelit' lagi......kesian...

Sekarang ramai penganalisa politik samada yang berpangkat propesor atau 'propesor' kedai kopi bercakap pasal bila PRU13 nak diadakan.

Kalau anda terserempak atau berkebetulan duduk semeja dengan orang yang tak dikenali di restoran, LRT atau berjemaah di Masjid atau mana-mana saja maka untuk memulakan bicara, anda boleh dahulukan perbincangan dengan tarikh keramat itu selepas memberi salam.

Semasa di Kelantan beliau kata, "Ambo rasa nak umum pilihan raya dah. Pilihan raya ini sebenarnya untuk apa. Ini adalah untuk masa depan kita,"

Ada orang kata bulan November.....ramai juga kata bulan Disember......yang sebenarnya boss nombor satu amenu tu sudah lama nak umum tapi banyak masalah baru sedangkan masalah lama masih belum selesai.

Ibarat sorang hendak membuang air besar......hanya dia sorang saja yang tahu bila dan ketikanya 'kepala keretapi yang busuk kohong' tu nak diterannya keluar......bila masuk tandas perutnya memulas-mulas macam tak tertahan lagi tapi tup-tup tak jadi bila ditengoknya bilik air terlalu kotor......di arah sang 'khadam' mencucinya hingga bersinar-sinar...disemburnya minyak wangi agar datang feel untuk 'meneran'.

Dimasuknya lagi tandas itu......bila tiba saat nak 'meneran', tup-tup bunyi bising kedengaran di luar maka terencatnya sekali lagi.

Disapunya berbagai minyak di sekeliling perut, dimintak nasihat ustaz agar memberi nasihat. maka dengan langkah yakin beliau masuk sekali lagi dan dengan muka yang merah padam, peluh menitik2 di dahi sambil kedua tangan menekan2 akan perutnya tiba-tiba kedengaran sang anak memekik2 hendak susu tapi sang ibu kata susu kehabisan......maka sekali lagi pergerakannya terencat

Begitulah seterusnya......yang sebenarnya boss no. 1 amenu masih belum boleh membubar parlimen kerana undi kaum cina masih belum dapat menyelamatkan amenu.

Yang sebenarnya 'musuh' amenu bukannya PAS, PKR mahupun DAP......musuh amenu ialah dari dalamannya sendiri......musuh amenu ialah orang amenu yang arrogant itu sendiri....ini dibantu pula oleh 'perkasa gedebe samseng kampong dusun' dan diapikan pula oleh jaguh akro-bed (bukan akrobat) yang bermata sepek sentiasa mencanak terlunjuknya hendak bercakap pasal Islam dan beberapa 'pekakas-pekakas' termasuk terompah kayu dll.

al-brangionline:

Sembelitlah kau amenu......kikikikiki