Followers

Wednesday, 5 September 2012

Apa kisahnya Ustaz Azizan dengan penyu bertelur......sila baca

[sumber .]

Mereka yang mengharap sangat Ustaz Azizan berundur jadi Menteri Besar tentu hampa dan ada yang frust menonggeng samada dari amenu atau rakan dalam kalangan Pakatan sendiri hatta dari orang-orang PAS sekalipun.

Bagi mereka yang 'pergi' lebih jauh dari itu patut beristighfar banyak kerana ajal maut semuanya dalam ketentuan Allah SWT.

Bagi mereka yang mencadangkan diwujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar walaupun berupa cadangan yang baik tapi janganlah ada udang disebalik batu.

Pimpinan tertinggi PAS mempunyai aura dan keterampilan tersendiri dan tidak boleh hendak dibanding-bandingkan di antara satu sama lain selagi mereka tidak tergelicir dari dasar perjuangan parti selagi itulah kita kena wala' pada mereka. [saya tahu ramai yang menjembik muka bila disebut wala'......lantak pi ah......tapi jangan jadi 'munafik politik' sudahlah].

al-brangionline:

Jangan tabur fitnah di kalangan sendiri kalau masih ada secebis iman dalam diri.

p/s Teringat akan kisah beberapa orang budak nakal yang nak mencuri telur penyu. Mereka lari memanjat pokok apabila ternampak tuan tanah tempat penyu itu bertelur.

Tuan tanah itu sedang mengutip telur penyu sambil duduk di atas penyu kerana disangkanya tunggul kayu.

Tiba-tiba penyu itu bergerak dengan pentas sambil membawa tuan tanah itu sekali ke laut.

Apa lagi tergelak besarlah......terbahak-bahak budak-budak nakal di atas pokok itu......tiba-tiba sejurus kemudian penyu itu datang men'darat' lagi dan kelihatan tuan tanah yang di'bawa' lari oleh penyu itu berada dalam keadaan selamat.

Apabila tuan tanah itu mendonggak ke atas pokok dilihatnya budak-budak nakal itu semuanya mati ternganga......alahai.....cerita ini tiada kena mengena dengan perihal kesihatan Ustaz Azizan atau mana-mana individu tapi saya teringat akan kisah dalam sebuah buku teks ketika di sekolah rendah dahulu tapi dengan sedikit 'modified'.