Followers

Sunday, 23 September 2012

Ameno PANTANG tengok 'jari-jemari' lembut......alahai...


Ameno adalah satu 'bangsa' yang amat percaya kepada karut-marut...khurafat...sihir...jampi serapah...saka...santau dan berbagai-bagai PANTANG larang.......kononnya PANTANG duduk atas bantal kerana takut tumbuh bisul......kononnya PANTANG berjumpa dengan biawak kalau dalam perjalananan, pasti akan diludahnya tiga kali kerana takut 'sial'......kononnya PANTANG berpindah banyak tempat ketika makan kerana dikhuatiri beristeri banyak......PANTANG anak dara menyanyi di dapur kerana dikhuatiri dapat suami orang tua atau pun lambat bertemu jodoh.

Sebab tu kalau ada 'makhluk' yang pandai buat cerita-cerita seram...cerita hantu...cerita misteri dan mistik seperti saka...santau...pocong...keris menari...bakar kemenyan malam Jumaat...langsuir...pelesit...polong dan berbagai lagi sudah pasti drama atau filem itu akan meletup kerana emosi penonton berjaya ditarik melalui kaedah tahyul dan khurafat.

Sebab itu ameno masih lagi beramal dengan tahyul...khurafat dan PANTANG larang moden kerana ameno tahu orang Melayu amat senang di heret emosinya amat senang di'cucuk-hidung'nya dan boleh di'seret' ke merata tempat.

Di antara tahyul dan khurafat yang ameno masih amalkan ialah......kalau memilih pembangkang negara akan jadi huru-hara......hanya ameno sahaja yang boleh dan pandai mentadbir negara dan mengurus orang-orang Melayu......hanya ameno yang boleh memberi kesejahteraan kepada rakyat dan PANTANG larang terkini ialah...'PANTANG Serah Negara kepada Pembangkang" seperti DI SINI .

Sesungguhnya orang-orang Melayu amat senang terpedaya dan tersentuh emosinya hingga hilang segala pertimbangan dan berfikir secara waras......mereka lebih senang kepada kehidupan berfantasi sebab itu bila dipujuk supaya percaya pada "Bursa Saham" seperti saudagar minyak menjanjikan keuntungan berjuta-juta-juta...juta...mereka berlumba-lumba tanpa toloh kiri-kana hingga terlepas anak di tangan berebut-rebut nakkan borang merah muda yang kononnya memberi keuntungan berlipat ganda......aduhai...

al-brangionline:

Hanya keimanan yang menebal dapat menyelematkan Melayu daripada di'cucuk hidung'.

p/s Lembutkanlah jari jemari anda ketika melihat kertas dacing berlawan bulan......buang jauh-jauh segala pantang larang orang Melayu (bukan semua...ia hanya Melayu ameno)