Followers

Monday, 3 September 2012

Ameno dalam jahiliah moden?......sila 'Like' ramai2.....kikiki

Pengguna jalanraya di Malaysia kerap terdedah dengan sekatan jalanraya.

Ia terjadi mungkin kerana nak mengekori lantas menangkap 'penyanggak' yang terlepas bebas maka setiap kenderaan akan ditahan dan pemandu dikehendaki mengeluarkan I/C dan lesen.

Dalam pada itu pun ramai 'penyanggak' yang terlepas bebas.

Kalau di Stadium selalu dibuat sekatan di pintu-pintu masuk sebagai langkah keselamatan agar penonton tidak membawa masuk bahan-bahan berbahaya seperti mercun, bunga-api dan sebagainya.....pun banyak stadium di Malaysia penonton terbolos bebas membawa bahan-bahan seperti mercun dan sebagainya.

Semasa zaman pelajar dahulu walaupun ada sekatan membawa 'toyol' ke dalam dewan peperiksaan, pun begitu, ramai yang terlepas bebas membawa 'toyol' masuk.....agaknya sebab itulah ramai yang berperangai macam 'toyol' bila keluar universiti......ramai yang tidak amanah dalam bekerja.....sebab tu ramai Menteri berperanai macam 'toyol', agaknya zaman pelajarnya dahulu ramai yang membawa masuk 'toyol' ke dalam dewan peperiksaan.

Yang sebenarnya perbuatan 'sekatan' ini bukan perkara baru. Ia sudah bermula semenjak zaman jahiliah lagi.

Nabi Muhamaad SAW dan para sahabat telah mengalami sekatan ekonomi sehingga terpaksa mengambil kulit dan daun kayu sebagai bahan makanan.

Bukan setakat sekatan oleh jahiliah Makkah bahkan berbagai pemulauan dan boikot yang melibatkan perhubungan Nabi SAW dan para sahabat dengan kaum Quraisy lain terputus.

Abu Lahab mengambil langkah 'jahat' membeli kesemua harta dagangan kafilah lain yang datang berdagang ke Makkah semata-mata untuk mengelakkan barang dagangan dibeli oleh Bani Hashim......inilah kemuncak sekatan berupa pemulauan ekonomi.

Rupa-rupanya perbuatan 'SEKATAN' ini berulang ke zaman ini.

Sila anda hayati berita di bawah: [sumber .]

PUTRAJAYA: Anggota Barisan Nasional (BN) perlu bersatu hati membentuk 'sekatan politik' untuk memastikan hasrat dan langkah pembangkang merampas Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang dapat dihalang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebab itu UMNO dan parti komponen BN yang lain perlu muncul sebagai parti yang bukan sahaja boleh menang tetapi menang besar dengan cukup bergaya."Kalau mereka (pembangkang) ada slogan 'The Road To Putarajaya' (Laluan Ke Putrajaya), kita nak sekat mereka jangan sampai ke Putrajaya, kita tak nak buat 'roadblock' (sekatan jalan) polis tapi kita buat 'roadblock' daripada segi politik kerana mereka tidak layak duduk di Putrajaya.

"Sebab kitalah (BN) yang membangunkan Putrajaya, mereka tidak layak sebab sudah lakukan pembohongan demi pembohongan...janji tidak pernah dikotakan dan banyak cerita-cerita mereka yang masih tidak selesai," katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Putrajaya di sini hari ini.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

al-brangionline :


Satu bentuk jahiliah moden hasil dari transformasi politik ameno/Bee Yend