Followers

Sunday, 12 August 2012

'Tragedi' si-songkok hitam

Gambar hanya sebagai hiasan.....tiada kena mengena dengan posting di bawah...diletak di sini kerana rupanya yang comel...dengsan izin.

Umum sudah tahu songkok hitam sangat sinonim dengan orang-orang Melayu.

Semenjak daripada kecik lagi ketika pergi keluar belajar mengaji Quran, sehingga ketika nak masuk 'jawi' sehinggalah membesar memasuki gerbang perkahwinan, ketika menjabat tangan bakal bapak mertua......berijab-qabul songkok hitam gah di kepala.

Songkok hitam tidak lekang dari kepala orang-orang Melayu tatkala memasuki Surau atau Masjid untuk bersolat atau di setiap perayaan MaulidurRasul, Awal Muharram dan di ketika Majlis Aqiqah atau majlis walimatull'urus lebih-lebih lagi jika ada kematian.

Songkok hitam menjadi bertambah 'gah' bila dipakai oleh 'pejuang-pejuang' Melayu yang memuja 'keris-silang bertelanjang' sebagai lambang perjuangan mereka. Dikatakan makin tinggi songkok hitam itu dipakai makin taksub dan totok pegangannya pada perjuangannya.

Tapi sayang seribu kali sayang songkok hitam yang mendapat tempat teristimewa di kalangan kabilah yang masih berpaksi kepada ketuanan kabilahnya seiring dengan 'keris-silang bertelanjang' sebagai simbolik kepada perjuangannya telah tercemar.

Songkok hitam yang digunakan untuk upacara keAgamaan pada asalnya itu sudah tercemar oleh si-pemfitnah yang turut memakainya......si-pengrasuah pun tahu memakainya malah di sesetengah tempat 'pelaga ayam' pun memakainya......yang lebih malang lagi apabila sipemakainya turut menolak hukum-hakam Islam......yang tidak pernah lekang dikepala kecuali ketika tidor pun turut sanggup mendamba sedikit habuan dunia untuk menyenangkan 'tuan'nya dengan ber'fatwa' berbagai.......si-penari atau si-ponjoget lagilah tinggi incinya terletak elok di kepala dengan liang-liuk tari pemakainya.

Muthakir ini seorang demi seorang berlepas tangan dari kabilah songkok hitam kerana berpandangan kabilah yang memakai songkok hitam sudah terpesong dan terbabas dari landasan.

Selamat tinggal songkok hitam......[ Diselitkan secebis kisah bagaimana anak seorang yang pernah memakai songkok hitam 7 inci tinggi mungkin (Al-Fatihah untuk Allahyarham) telah meninggalkan kabilah songkok hitam. Sila baca DI SINI .]