Followers

Saturday, 18 August 2012

Selamat Eidul Fitri......Ada 'amanat' penting weh.....

Salam Eidul Fitri Maaf Zahir Batin utuk semua pengunjung blog albrangionline.

Negeri Perlis Indera Kayangan
Makan laksa di Pekan Kuah
Walaupun tak dapat satu Dewan
Tambah 2-3 kerusi jadilah.

Daulat Tuanku Darul Aman
Kedah negeri jelapang padi
Songkok tinggi usah berangan
Rakyat mau Ust. Azizan sepenggal lagi

Apa habaq orang tangjung
Nasi kandaq kepala kambing
Walaupun kek 'kepala taik' diarak diusung
Rakyat tetap nakkan Guan Eng

Tiga ekor katak kuat menyalak
Dapat habuan sangat lumayan
Di Perak kali ini Nizarlah pulak
Depa perintah pun sebab merompakkan?

Tempe expired patah gigi
Syabas kencing air dirawat
Tan Sri Khalid teruskanlah lagi
Umno pening, kehabisan talihayat

Orang nogori cakap berlapik
Masak lemak cili api
Kali ini giliran PR ambik
Terlingkup terlentang si songkok tinggi

Kota Melaka sudah musnah
Rumah masih bertangga batu
Masuk PRU tak pernah mengalah
Takkan kalah asyik salahkan hantu

Sinonim Johor si songkok tinggi
Kuda kepang tarian zapin
InyaAllah kali ni PR tawan negeri
Salehuddin MB, meleleh air liur Muhyiddin

Tok Gajah kaya dengan balak
Ikan bakar bercicah cuka
Songkok tinggi berjanji sangatlah galak
Habis PRU haram nampak muka

Neger Tranung keropok lekor
Mad Said kuranglah cerdik
PRU kali kita pakat tukor
Kerah semua adik beradik

Lebuh raya rakyat diejek2
Janji ditabur siang dan malam
Dok sah beranganlah si-awang adek
Rakyat doh tahu mana manikam

Sabah Sarawak jadi 'fixed deposit'
Tapi sekarang rakyat dah sedar
Lepas PRU Umno/BN cirit birit
Rasakan bah, rakyat me.gajar

13 negeri jelajah sudah
Bukan angan2 atau penglipurlara
Bijak memilih bijak memangkah
Berkat perjuangan InsyaAllah ke Putrajaya