Followers

Tuesday, 14 August 2012

Sapa lu Ah San?......sudah giler talak ke?

Geli hati bila tengok orang giler talak.

Ada sorang sahabat bila dia bercerai dengan isteri dia......dia terasa semacam cacing kepanasan terutama bila bekas isterinya nak kahwin lain dengan lelaki yang lebih hensem, warak lagi berkedudukan.

Yang selalu kita dengar dalam akhbar, ada sampai peringkat bekas suami beri amaran kepada jandanya dan ada yang upah orang pukul bakal suami jandanya itu.

Tu lah, semasa nak marah tak fikir dulu lalu melepas ungkapa yang paling dibenci oleh Allah SWT.

Dalam politik pun sama jugak, ada seorang tu mengarahkan PAS buat itu......buat ini.....woit! Kalau sudah duduk di luar tu..'liam-liam' duduklah......hang pi pusing 1Malaysia kutuk PAS, lepas tu kau buat cadangan tu...cadangan ni...tarak malu ka?......sebiji sama perangai macam si-mamad mulut "luas" tu...udah kena tendang di puak songkok hitam 7 inci cap keris telanjang, tapi sudah giler bayang...giler talak...mengaum sana...menyalak sini...tapi sayang taring sudah patah...kuku sudah hilang......ayo yo mamad.....kwonk kwonk kwonk...

al-brangionline:

Kesian tengok bila orang mengaji tinggi tapi kepala hotak macam tarak......kalau ada pun guna 'kepala lutut'.

Ada satu berita lebih kurang sama perangainya macam di atas. Sila rujuk DI SINI .