Followers

Saturday, 11 August 2012

Mampush......mampush......mampush kita.....

Umum sudah mengetahui tsunami aliran pendatang asing dari Filipina dan Indonesia ke Sabah semenjak tahun 70an lagi.

Ini jelas meresahkan kaum pribumi Kadazandusun dan Murut kerana amat ketara mereka kehilangan ke'daulat'an negeri mereka......ekonomi mereka terjejas.....kuasa politik mereka mungkin terhakis akibat 'pengundi-pengundi' mee segera ini......sosio-budaya mereka bercelaru.

Madey kata tak perlu diwujudkan Surunhanjaya Di raja untuk menyiasat banjiran pendatang asing ini, mungkin kerana dizamannya dulu banjiran pendatang asing bagaikan ledakan gunung berapi. Kenapa mesti risau...cemas...cuak...gubra...ketaq lutut dan takut?.......Jawablah sendiri.

Mesej yang jelas oleh rakyat Sabah sekarang......buatlah sesuatu kalau tidak mereka bukan lagi menjadi 'fixed deposit' untuk Umno/BN.

Selama ini 'fixed-deposit' inilah yang buat Umno menjadi 'ayam daging' yang subur.

Presiden Umno menjadi pening......bukan lagi pening-pening lalat tapi pening yang boleh menjadi pitam kerana terpaksa berkejaran ke Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak atas majlis berbuka puasa tapi semua orang tahu sambil-sambil berbuka ada sesuatu 'amanat' penting yang nak disampaikan.

Di antara sebab tidak bubar Parlimen sekarang ialah masalah 'peteh-memeteh' di Kelantan dan Terengganu dan yang paling serius ialah masalah pendatang asing di Sabah.

al-brangionline;

Kalaulah boleh dibaca text kegelisahan dalam kepala Umno mungkin tertera di LCD kepala hotak mereka......Mampush......mampush......mampush kita.

[sumber .][sumber .]