Followers

Thursday, 2 August 2012

'Kokokan' ayam jantan belum tentu tanda hari nak siang......alahai.....

Kata orang-orang tua bila ayam jantan berkokok itu tandanya hari sudah nak siang.

Tapi di zaman dunia tanpa sempadan dan maklumat di hujung jari ni, ayam jantan makan berbagai, maka sistem sarafnya sudah berubah bergantung jenis makanan yang terhidang.

Ayam jantan akan berkokok bersesuaian makanan yang dipatuk.......dan pandailah pulak ayam jantan itu berkokok ikut kehendak dan rentak tuannya.

Kalau dihidangkan dengan roti bakar dan telor ayam betinanya separuh masak maka ada kemungkinan ia berkokok lewat pagi bersesuaian waktu 'breakfast' tuannya.

Kalau hanya ditabur padi hampa maka berkemungkinan ia berkokok terlalu awal sehingga ramai orang menyangkakan hari sudah nak siang.

Idea nak menulis ini datang apabila terbaca 'kokokan' 'ayam jantan', mendayu-dayu di pagi hari DI SINI .