Followers

Friday, 31 August 2012

'Kaki perempuan' dan 'kutu embun'......skrip lama berulang

Gambar hanya hiasan ihsan dari Kosmos

Rasuah, 'kaki perempuan', 'kutu embun', 'kaki botol' dan banyak lagi 'kaki-kaki' selalu dikaitkan dengan ahli sukan samada dalam negara mahupun luar negara.

Di luar negara fenomena seperti ini adalah lumrah kerana mereka tidak berpaksi kepada Agama.......maka terhasillah anak-anak 'haram'.......selebriti sukan seperti Roger Federer, Maradona pernah dapat anak sebelum mereka berkahwin......tapi itu cerita orang yang bukan Islam......apa hal dengan selebriti sukan di Malaysia?

Di Malaysia cerita-cerita berkait dengan disiplin sukan dan yang lebih besar lagi ialah disiplin Agama banyak kes terjadi.....ada yang mengadakan seks di bawah umur.....ada yang keluar malam ke disko ketika latihan pusat dijalankan.....ada yang bawa perempuan ke hotel dan yang paling kecik punya hal dalam banyak-banyak hal ada sahabat terserempak pemain bolasepak negara dalam tahun 90an makan nasi lemak jam 3.00 pagi ketika satu kejohanan besar sedang berjalan.

Di mana silapnya?

Adakah pengurusan sukan yang kurang berkesan atau iman sudah terhakis dek lama sangat meninggalkan suruhan Allah SWT seperti solat, puasa dan sebagainya bagi sesetengah atlet atau para atlet dek permakanan yang terjaga dan latihan yang jitu membuat 'pengaliran darah' yang 'lancar' dan sempurna....natijahnya melahirkan keinginan seks yang tinggi? [beruntunglah bagi mereka yang dapat menghindarkan diri dari gejala tidak sihat itu]

al-brangionline:

Pakai jersey cerminlah iman......pakai boot jangan tertendang iman.