Followers

Sunday, 26 August 2012

Isu Ust. Nasha : Pendapatnya diibaratkan hanya seperti 'melukut di tepi gantang'......harap2nya janganlah batang tubuhnya pun sama


Isu Ustaz Nasha hanya akan dibincang di agenda lain-lain hal dalam Mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS yang akan diadakan pada 9 September ini.

"Itupun kalau sempat kerana kita ada fokus lain dalam mesyuarat kali ini," kata Setiausahanya, Ustaz Nik Zawawi Salleh kepada Harakahdaily hari ini.

Dalam lain perkataan segala cadangan......rungutan......ketidakpuashatinya......kelainan pendapat dari majoriti pimpinan tertinggi PAS tetapi yang 'pelik'nya hampir-hampir ada kesamaan dengan pendirian Ah San Pee Ech Dee.......hanya layak di simpan di 'peti sejuk'......bila ada kelapangan baru boleh bincang......pendapatnya bukan tak bagus dan penting tetapi ada perkara lain yang lebih aula dan teramat penting.

al-brangionline:

Teramat terkilan......kalaulah al-brangi beri pendapat sebegitu teramat maklum kerana al-brangi tiada pendidikan formal dalam bidang Agama Islam tetapi telah ditarbiahkan oleh PAS untuk wala' kepada pimpinan tertinggi PAS.

p/s apalah maknanya untuk mempertahankan pendapat kita kalau majoriti sudah membuat pendirian dan telah diputuskan dalam Mesyuarat pun.

p/s

kembalilah ke pangkal jalan kalau hilang punca di hujung jalan.....mungkin ketika itu GPS yang kita miliki tidak berfungsi.