Followers

Wednesday, 8 August 2012

Ibn Sa'amah derhaka pd Sultan ?......

Sohibul Samaah Al-Syeikh Abdullah ibni Sa'amah pengasas Pondok Geting, Tumpat telah mendahului Majlis Fatwa Negeri Kelantan dengan berfatwa bahawa mengundi DAP itu haram kerana DAP itu dikategorikan sebagai 'kafir harbi'......ini bermakna Tuan Syeikh telah menderhaka kepada Al-Sultan Kelantan selaku Ketua agama Negeri Kelantan.

Berita itu di letak di muka depan surat khabar milik Umno yang boleh mendatangkan kekeliruan masyarakat Islam di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya. [sumber .]

Bukan setakat mendatangkan kekeliruan malah mendatangkan keresahan di antara penduduk majmuk.

Perbuatan menyiarkan berita itu demi menguntungkan Umno jelas membelakangkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Di mana letak integriti Majlis Fatwa kalau berita yang tiada nilai itu mendapat tempat di muka depan?

al-brangionline:

Umno sentiasa mencari dan tercari-cari talianhayat untuk menyelamatkan mereka kerana air sudah mula masuk kelubang hidung......dijangka menjelang Zulkaedah mereka akan tenggelam 'kelemasan'.