Followers

Wednesday, 29 August 2012

Begitulah KehendakNYA......ameno kena faham betul2.....

Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian melainkan ada hikmah di sebaliknya.

Manusia yang mempunyai segala kelemahan hanya dapat merasai atau terhidu akan hikmah sesuatu kejadian namun hikmah sebenarnya ada dalam Ilmu Allah SWT.

Puan Normah Hashim atau nama Tionghuanya Teow Hooi Sang yang telah terpisah dengan keluarganya selama 59 tahun telah ber'taut' semula......maka tercetuslah perasaan yang sedih......pilu.....gembira bercampur-campur.

Kesempitan hidup keluarga asalnya membuatkan Puan Normah diserahkan kepada keluarga angkat Allahyarham Hashim.

Setereusnya cerita lanjutnya DI SINI .

al-brangionline:

Begitulah kehendakNYA......jika dikehendakiNYA berlaku sesuatu, maka tiada kuasa lain dapat menghalangNYA......"Kun Fayakuun"......maka terjadilah sesuatu mengikut kehendakNYA.

p/s Selaku manusia yang beriman kepadaNYA, jika ditakdirkan Umno/BN merudum dalam PRU13 nanti maka, keseluruhan rakyat Malaysia yang beriman kepadaNYA dikehendaki menerima hakikat itu......jangan ada suara-suara sumbang dari 'Setan-Setan' jadian yang sedari sekarang sentiasa 'meniup' dan 'menyumpit' kata-kata be'racun' yang kononnya Malaysia akan 'hancuss' jika pembangkang memerintah......kata-kata keramat yang berupa 'khurafat-moden'......seperti tiada parti lain yang se-hebat, se-pakar, se-jujur, se-hemah, se-wara' Umno/BN seharusnya dibuang jauh-jauh sepertimana masyarakat Islam telah membuang upacara khurafat buang ancak, mandi safar dan sebagainya.

p/s Adussssss.....selama 55 tahun baru nak buang 'khurafat'?......tak pe, masih tidak terlambat wahai teman.