Followers

Friday, 31 August 2012

Pukulan TKO pada Asri : Apa barang level mantan mufti berperang dgn Abby yg mula berjinak dgn Islam

Amat memalukan seorang so called cendikiawan (bukan cendawan tau.....sebut betul-betul) Islam sindir-menyindir dalam tweeter dengan seorang selebriti yang baru nak berjinak-jinak dan berhijrah kepada suruhan Islam.

Kalau hang betul pun tak menaikkan mertabat hang......lagilah bila hang kena TKO dengan selebriti itu......cittttt memalukan.

Level hang ialah turut membimbing beliau bukan dengan statement hang yang hanya mementingkan nilai ilmiah semata-mata yang mana golongan hang sahaja yang faham (kalaulah ada nilai ilmiah......tapi rasanya habuk pun tarak...syok sendiri aje.)......kami golongan orang awam menjadi bertambah keliru......baru hamba faham rupanya macam ni orang yang ber Pee Ech Dee dengan lagak yang arrogant laksana seorang Proposor Mak Nyah liang-liuk berjalan sambil bergolek-gelek pinggul berhujah dan berdakwah.

Sedutan dari laporan berita itu yang menerangkan segala2nya seperti DI SINI .

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membidas bekas penyanyi berkumpulan sensasi Elite, Abby Abadi dalam isu hudud.

Bekas mufti Perlis itu pada awalnya melalui akaun Twitter @realDrMaza berkata, “apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, satu dipotong tangan dan satu lagi dipenjara hanya kerana berbeza agama,” sebagai merujuk kepada hukum hudud.

Abby yang juga bekas pelakon drama “Gerak Khas” itu menempelak bekas mufti tersebut melalui akaun Twitternya @abby_abadi112 dengan membalas, “maafkan saya, hudud itu hukum Allah.

“Dr Mohd Asri) belajar tinggi tetapi kenapa masih persoalkan?

“Tanggungjawab berat di dunia, tetapi manis di sana.”

Bekas mufti itu kemudian membalas, “seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tidak semestinya memahami agama.

“Teliti sebelum komen.”

Bekas pelakon yang kini aktif dalam kegiatan bersama parti PAS itu kemudiannya menafikan penglibatan beliau dalam ceramah.

“Saya tahu saya tak belajar setinggi Dr (Mohd Asri), tapi bila saya baca apa yang Dr persoalkan, saya tak sangka.

“Saya tak pernah berceramah, hanya sekadar berkongsi sahaja, maafkan saya,” kata Abby.

Dalam laporan Bernama hari ini menyebut bahawa Mohd Asri berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

“Hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu.

“Jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

“Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya,” katanya lagi hari ini selepas membentangkan kertas kerja di seminar “Undang-Undang Syariah Peringkat Kebangsaan” sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, apa yang penting dan patut dilaksanakan sekarang ialah usaha memperjuangkan untuk mewujudkan suasana itu, seperti memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hukum tersebut dan persediaan sebelum undang-undang berkenaan dapat dilaksanakan.

“Keadaan yang ada di negara kita sekarang tidak menunjukkan suasana kondusif untuk melaksanakan hukum hudud, dan dalam konteks ini kita tidak boleh menyalahkan sesiapa,” katanya.

Dalam kertas kerjanya bertajuk “Hudud Suatu Perbincangan: Tanggapan, Suasana dan Keberkesanan”, Mohd Asri berkata, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam.

Sebaliknya kata beliau, asas kenegaraan dalam Islam ialah menegakkan keadilan untuk rakyat berasaskan prinsip al-Quran dan hadis nabi serta mencegah perkara mungkar, iaitu perkara membawa kemudaratan dan berbahaya kepada rakyat.

Hudud hanyalah mekanisme mengatasi jenayah dan ia dilaksanakan apabila syarat dipenuhi dan suasananya kondusif, katanya.

Katanya lagi, kekurangan kegiatan jenayah dalam negara menurut Islam bukan disebabkan hukumannya saja, tetapi keadilan yang merata dan kebajikan rakyat yang dipelihara.



al-brangionline:

Teringat akan lagu Allahyarham M.Shariff and The Zurah - Keindahan Pantai......tang chorus tu jangan tersalah sebut...kalau disebut Wa hab Wa hab Wa hab semacam nak jadi Wahabi pada hal lirik lagu itu Wo hop Wo hop.....nanti nanya.....melenting dan marah serta naik minyak segala singa dan gajah di hutan belantara.

Keindahan Pantai

Hey Hey

Wo hop.. wo hop..
Wo hop.. wo hop..

Mari kawan-kawanku
Semuanya ke pantai
Untuk menghiburkan hati
Yang sedang duka lara

Dipantai yang menarik
Dari pandang mata
Menjadi tumpuan muda
Mudi disenja hari
Oh hari

Unggas berterbangan
Di sekeliling pantai
Bertambah menarik
Dari pandangan mata
Bayu yang berhembus
Menyegar dijiwa
Membuatkan hati
Duka menjadi riang

Zai zai zai zai
Zai zai zai zai
Zai zai zai zai
Zai zai zai zai

Oleh itu janganlah
Kau selalu bersedih
Hiburkanlah hatimu
Dimasa kau disana
Nikmatlah keindahan
Yang dijadikan tuhan
Agar hidupmu sentiasa
Gembira dan ketawa
Ketawa

Unggas berterbangan
Di sekeliling pantai
Bertambah menarik
Dari pandangan mata
Bayu yang berhembus
Menyegar dijiwa
Membuatkan hati
Duka menjadi riang

Zai zai zai zai
Zai zai zai zai
Zai zai zai zai
Zai zai zai zai

Corus

Unggas berterbangan
Di sekeliling pantai
Bertambah menarik
Dari pandangan mata
Bayu yang berhembus
Menyegar dijiwa
Membuatkan hati
Duka menjadi riang

Zai zai zai zai
Zai zai zai zai
Zai zai zai zai
Zai zai zai zai

Wo hop.. wo hop..
Wo hop.. wo hop..
Wo hop.. wo hop..
Wo hop.. wo hop