Followers

Monday, 16 July 2012

'Tipah tertipu'......

Tajuk posting diambil daripada tajuk sebuah lagu yang dipopularkan oleh Ruffedge iaitu 'Tipah Tertipu'......namun lirik lagu tersebut tiada kena mengena dengan cerita Latheefa Koya, Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR yang meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)berkuatkuasa serta merta hari ini......namun jika ada persamaan ia hanyalah berkebetulan.

al-brangionline:

Desas-desus sebelum ini dikatakan 'Tipah' akan disingkirkan......

Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa serta merta ketika beliau dikatakan akan disingkir daripada jawatan itu.

NONE"Saya faham bahawa kamu dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ.

"Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan," katanya.

Latheefa tidak menyentuh secara langsung sebab peletakannya tetapi menyebut sepintas lalu berhubung isu perumahan rakyat miskin.

Perkara itu, tambahnya, pernah dihantarnya melalui e-mel kepada kepimpinan tertinggi PKR baru-baru ini.

Free Malaysia Today sebelum ini dengan memetik sumber melaporkan, Khalid sendiri mengusulkan cadangan untuk membuangnya.
[sumber .]