Followers

Monday, 30 July 2012

Taruhan terakhirnya di sini......kesian Umno

Banyak kecelaruan di kepala Presiden Umno......kesian.

Setelah didapati sokongan kaum Cina masih tidak mencapai harapannya......sokongan kaum India masih tidak menentu......'fixed-deposit' di negeri bawah bayu akan berlalu bersama angin lalu......sokongan penjawat awam yang hanya memberi undi dengan akal yang waras dan didapati undi dari mereka yang tidak termakan umpan ini menjadi sedikit 'was-was' (sebab itu teragak-agak nak beri bonus raya)......maka taruhan terakhir ialah pada Felda.

Harapan umno pada Felda terlalu tinggi, sebab itu sanggup dipertaruhkan RM43.2 juta untuk mereka sebagai bonus raya (atau pilihanraya?). [sumber .]

Jika Melayu Felda serta Melayu-Melayu lain yang telah lama meluat dengan Umno dan 'perkasa' tidak berapa nak menjadi yakni dalam bahasa lain tak berapa nak dapat undi dari mereka.......maka pengundi hantu akan bertindak sebagai senjata terakhir...yang seolah-olah akan menyumbat 'golden goal' di 'stoppage time'.

al-brangionline:

Selepas bulan puasa, hantu-hantu akan di'lepas' ikatan mereka dan akan berkeliaran semula......sebab itu tak boleh buat PRU13 pada bulan Jun atau Julai baru-baru ini kerana hantu-hantu dah mula takut diikat.