Followers

Saturday, 21 July 2012

Pesta dambaan sex atau pingat?......150,000 keping 'belon' disediakan

Setiap atlet dibekalkan 15 keping kondom di mana keseluruhannya penganjur terpaksa menyediakan 150,000 keping yang menjadikan Temasya Olimpik London ini menjadi 'Temasya Seks'.

Ketika ditanya bagaimana situasi ‘panas’ itu di perkampungan Olimpik, perenang Amerika Syarikat, Ryan Lochte berkata: “Saya rasa 70 hingga 75 peratus atlit terbabit.”
Peserta negara itu dalam acara menembak, Josh Lakatos pula berkata: “Keadaannya seperti di rumah pelacuran. Begitu banyak aksi panas.”
[sumber ]

Inilah dia Temasya Olimpik yang menjadi kebanggan dunia yang diwarisi dari Greek Kuno.

Pedambaan pingat berjalan beriringan dengan seks dan ia menjadi 'halal' yang bertradisi di setiap negara penganjur.......hanya jenama sukan sahaja berubah samada Sukan Commonwealth...Bolasepak Piala Dunia dan sebagainya.

al-brangionline:

Masih tertanya-tanya adakah Malaysia meng'hidang'kan 'barang' yang sama semasa Sukan Commonwealth dahulu agar tidak dianggap kuno dalam Temasya yang ber'tradisi' ini?

Hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu......Sesungguhnya Allah SWT Maha Melihat dan Mengetahui.

p/s Selamat Menyambut Ramadhon Al-Mubarak, bulan pendambaan keredhoaan Allah SWT.