Followers

Wednesday, 4 July 2012

MCA tolong bukak 'pintu'......Umno 'tubik' bersamanya......panaaaaas.

Apabila sorang Adun Umno Johor mencadangkan hudud dilaksanakan di Johor sepenuhnya maka tiba-tiba rakan kongsi Umno, MCA melenting macam cacing kena goreng......macam ayam berak kapur.....macam 'beruk' kena belacan.

MCA melenting kerana ingin mengheret 'seteru'nya DAP supaya melompat sama.....tapi DAP taklah se'kurang-cerdik' macamnya......memandangkan sokongan kaum Cina sudah beralih arah dari sehari ke sehari kepada Pakatan Rakyat, maka MCA mengambil peluang keemasan.....menangguk di air keroh untuk meng'hentam' Umno dengan harapan agar pengundi kaum Cina akan kembali ke MCA.

Manakala keikhlasan Adun Johor itu memberi cadang hanya Allah SWT yang tahu tapi penulis lebih cenderung kepada hasratnya untuk menarik pengundi Melayu di Johor yang telah berlumba-lumba memberi sokong kepada PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya

Di dalam terlampau ghairah untuk me'mujuk' kaum Cina.....MCA seolah ketandusan 'ayat'......gopoh gapah dalam berkata-kata......sehingga sanggup dikatakan Adun Umno itu 'hilang akal' dan ada yang suruh Adun Umno itu masuk PAS.

Hamburan kata-kata seperti itu bukan sahaja menghina PAS (kerana Hudud adalah sebahagian dari perjuangan PAS) bahkan secara tak langsung menghina Islam dan lebih parah lagi Umno serta juak-juaknya ('perkasa'm yang di perki (u?)da sudah hilang ke'jati'annya) tidak mengambil kesempatan membela Adun Johor itu mencerminkan akan letak-duduk pendirian Umno sebenarnya dalam kes 'Hudud'.....ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada pengundi Melayu di atas pagar di luar sana untuk membuat keputusan mereka dalam PRU13 nanti.

Apa-apa pun, sesungguhnya tindakan MCA itu seolah-olah tolong membuka pintu 'TUBIK' untuk Umno serta seluruh kaum kerabat mereka dalam BN di PRU13 nanti......InsyaAllah PAS dan Pakatan Rakyat akan mengganti mereka.

al-brangionline:

'Tubik' jangan tak 'Tubik'......'Keluar' jangan tak 'Keluar'.....hancusss Umno kali ni.