Followers

Saturday, 14 July 2012

Ketua pasukan yg bebas dari tuduhan rasis ini tiada kaitan dgn ammeno......pulak dah.....

Ketua pasukan yang 'perkasa' badannya dari kelab bolasepak ternama ini telah dibebaskan oleh Mahkamah atas tuduhan rasis.......perlu diperjelaskan bahawa beliau tiada kena mengena dengan ammeno walaupun ramai melihat kepala hotaknya ada mirip-mirip dengan kepala hotak ammeno......kih kih kih.

al-brangionline:

Di sini ramai yang berkepala hotak begitu terutama yang berbadan 'perkasa' yang mesra ammeno.

LONDON - Bekas kapten England, John Terry didapati tidak bersalah, semalam atas dakwaan bersikap perkauman terhadap pemain pertahanan Queens Park Rangers (QPR), Anton Ferdinand sewaktu perlawanan Liga Perdana Inggeris, Oktober lalu.

Terry yang juga merupakan kapten Chelsea, 31, tidak mengaku bersalah atas dakwaan tersebut dan dia berada di Mahkamah Majistret Westminster ketika ketua majistret, Howard Riddle membaca keputusan kes.

Kes berprofil tinggil itu memberi tumpuan kepada penggunaan kata-kata kesat daripada kedua-dua pemain semasa perlawanan Liga Perdana yang mencetuskan peletakan jawatan pengurus England warga Itali, Fabio Capello, Februari lepas ekoran Persatuan Bola Sepak memutuskan untuk melucutkan jawatan kapten daripada Terry pada Euro 2012.

Terry menafikan yang dia telah melakukan kesalahan kerana melemparkan kata-kata berbau perkauman terhadap Ferdinand ketika Chelsea bertandang ke padang QPR di Loftus Road.

Walaupun, dalam keterangan Terry mengakui ada menggunakan kata-kata kesat, namun dia tetap dengan pendiriannya bahawa dia sekadar bersikap sinis terhadap Ferdinand yang tersalah anggap dengan apa yang dikatakannya. - Reuters [sumber .]