Followers

Tuesday, 24 July 2012

Keahlian Karpal Singh digantung?

al-brangionline sengaja memilih tajuk posting, 'Keahlian Karpal Singh digantung?' kerana memang berharap sesangat agar DAP menggantungkan keahlian Karpal Singh.

Hari Sabtu lepas ada diletakkan hasrat saya itu di dinding muka buku seperti di bawah dengan harapan ada sahabat-sahabat yang memberi komen membina......tapi sorang pun tiada tampil atau mungkin mereka terlepas pandang. Kita tidak perlu terlampau bersikap apologetik dan berdiplomatik dalam hal ini kerana......ah anda tentu fahamkan hasrat saya.

Jika sebelum ini Tengku Abdul Aziz bekas Naib Pengerusi tidak dilanjutkan perlantikan Senator kerana ada berkait rapat dengan pendiriannya yang tidak sealiran dengan DAP khususnya dan Pakatan Rakyat amnya......lanjutan daripada itu beliau telah keluar dari DAP dan itu adalah lebih baik baginya yakni lebih baik beliau berada diluar daripada membuat kenyataan yang merugikan parti dan pakatan ketika berada di dalam parti lebih-lebih lagi bila memegang jawatan tertinggi.

al-brangionline tidak mendesak tapi hanya menyuarakan ketidakpuashati kepada Karpal Singh yang sentiasa mengeluarkan kenyataan tentang hudud yang banyak merugikan PR.......lagipun itu hak mutlak DAP untuk membuat teguran atau mengambil tindakan yang drastik kepada Karpal seorang peguam yang begitu obses dengan kepakarannya tanpa mengambilkira keuntungan politik.

Ketidakpuashati al-brangionline tidaklah boleh dikira melampau kerana sebelum pada ini pimpinan tertinggi PAS di'hentam' dengan penuh emosi oleh pemblog pro-Pakatan hatta oleh ahli sendiri pun.

Saya menyokong penuh apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda PAS dalam debat baru-baru ini dan kenyataan dari Ketua Penerangan PAS serta komen dari Karpal Singh DI SINI dan dipinta untuk meneliti ucapan Karpal Singh tentang hudud di blog Demo LoNie sebagai membuktikan apa yang Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi ucapkan semasa berDEBAT dengan Fathul Bari, Ulamak Muda Umno baru-baru ini.

al-brangionline:

Naik cemuih dah pi Putrajaya......asyik asyik Alamanda......ingat nak balik Kuala Beranglah pulak.