Followers

Monday, 2 July 2012

Dulu mung ajak bertumbuk......sekarang kami ajak berdebat.....guane Mad Said? [video]

Anda masih ingat lagi dengan mamad 'gedebe' yang ajak Wahid Endut bertumbuk dan menghamburkan segala caci maki dulu?

Di bawah ini diselitkan 2 buah video klip yang menceritakan ke'cerdik'an serta mentaliti yang tinggi sorang Adun Umno (belum menjadi MB lagi ketika itu).

Sekarang kita bukan ajak bertumbuk......sebab kalau bertumbuk pun pasti dia akan menang kerana semua 'pengadil' akan menyebelahinya.......kita hanya ajak berdebat......guna akal dan fakta bukan guna lagak 'gedebe' dan autar bagi menjelaskan halatuju parti PAS dan Umno Terengganu.

Tak berapa lama dulu mamad ni ada kata PAS - Parti Ajaran Sesat.

Jadi marilah kita selesaikan isu ini dan berhujah secara 'gentleman' selaku YB yang dipilih oleh rakyat......kita gunakan akal di kepala kurniaan Allah SWT bukan kudrat yang menggunakan kepala lutut kerana otak yang sihat yang berada di kepala mencernakan badan yang sihat manakala menggunakan kudrat yang berotakkan di kepala lutut, natijahnya hanya menghasilkan satu badn sakit urat.

Anak Terengganu di perantauan atau PERANTUAN amat bersetuju debat ini diadakan seperti dijelaskan oleh Setiausahanya DI SINI .



al-brangionline:

Guane gamak mad 'id? Ada berani ke?