Followers

Thursday, July 26, 2012

Dua2 pernah ke Mekah......bezanya sorang 'cetek' dan sorang 'dalam' pemikirannya


Kedua-dua mereka pernah ke Mekah.

Yang sorang tu siap bernikah di Mekah......ye nikah...bukan lakonan tau....real punyer...ye apa ostad cakap ijab dan qabul.

Kalau sudah berada di Mekah tak mungkin tak buat Umrah......tak mungkin tak berdoa di depan Multazam...cuma kita tidak tahu apa isi kandung doanya.......rasanya tak perlu kita buat andaian, serah kepada Pemilik Kaabah yang Maha Mengetahui dan Maha Menganugerah Hidayah.

Yang sorang tu pergi membuat Umrah dan sekembalinya ada nampak kesan doanya......dia telah ber'hijrah' dan menjadi kisah panas kerana umum nampak sangat janggal sorang selebriti boleh ber'hijrah'......ia menjadi lebih panas lagi apabila dia menyertai PAS sebagai ahli sekaligus yakni seumur hidup......dan ia menjadi teramat panas, menggelegak serta terbakar jiwa mereka yang masih berasa 'sejuk...dingin dan selesa dengan kehidupan sebagai seorang selebriti'.

Setiap gerakgeri...gerak-kerja...tutur kata dia dianggap 'cetek pemikiran'nya oleh satu pihak lagi yang bahasa isyaratnya hendak mengatakan yang pemikiran dia lagi 'dalam' konon.

Itulah dunia......yang hak itu dipandang bathil dan yang bathil dianggap hak......yang hak dianggap menongkah arus dan yang bathil kononnya berada atas jalan yang lurus.

al-brangionline;

Teruskan dan beristiqomah di atas landasan yang lurus......pasti Yang Mengurniakan Hidayah tidak akan membiar anda keseorangan dan yang pasti Jemaah (PAS) tetap bersama mu.

Mungkin boleh buat rujukan DI SINI dan DI SINI .