Followers

Thursday, 19 July 2012

Di antara 'tolol' dan sakit 'mental'......mana satu bahaya?

Ada satu dua kejadia yang pelik tapi benar......yang jarang-jarang tapi kadang-kadang berlaku sehari dua nih.

Dua tiga hari yang lalu ada sorang ketua penulis nasional menggunakan ungkapan 'tolol'.

Saya kurang arif dalam bab bahasa nih......menulis ni pun pakai hentam aje.....apa yang terfikir, itu yang ditulis, almaklum orang bidang teknikal ni tidak menggunakan bahasa-bahasa yang puitis walaupun amat meminati kepuitisan bahasa sesetengah orang lain yang menggunakannya ketika berkarya.

Rupanya tolol ni ada banyak jenis......dalam kes ini dia kata ada pemimpin yang 'tolol' bahasa......suka bercakap BI walaupun grammarnya tunggang-langgang.

Sudah lama tidak dengar ungkapan 'tolol'. Malas nak tengok kamus......memadailah pakai agak-agak aje, tolol itu sikit lebih kurang macam perangai pak pandir dengan mak andirlah......sewaktu dengan ungkapan 'ngok' atau 'ngong' dan lebih 'puitis' lagi jika disebut kurang cerdik.......ha ha.

Semalam ada cerita gempaq lagi......kali ni kejadian 'amuk' di Seremban......ais krim punya pasal, seorang pekerja hotel dilepuk dengan buntut pistol......nasib baik tidak tertekan picunya......kalaulah tertekan picu tu, agak-agaknya siapa yang terkorban?......Kalaulah pistol tu menghadap kemuka sipolan yang menhentak buntut pistol tu....sia-sia tak sempat Ramadhan kali ni.

Kalau ikut teori sorang pakar minggu lepas ketika kejadian amuk di JPM, beliau buat satu teori bahawa si-polan yang meng'amuk' itu sakit mental.

Justeru dalam hal ini adakah si-polan yang meng'amuk' itu pun sakit mentalnya?

Akhir kalam......apa kaitan kedua-dua cerita pemimpin 'tolol-bahasa' itu dengan kejadian 'amuk' nih?......Saya cuba menghubungkaitkan diantara ungkapan 'tolol' dengan 'sakit mental' tetapi masih tak dapat nak buat kesimpulan......memadailah saya rangkumkan dua ungkapan itu menjadi 'tolol wal sakit mental'.

al-brangionline:

Dalam politik ramai yang berpenyakit 'tolol wal sakit mental'......contohnya mereka yang persendakan Islam.......jangan mare nanti kurang pale pose......dok gitu?

Sumber yang perlu di baca seperti DI SINI dan DI SINI .