Followers

Thursday, 28 June 2012

Mentaliti hasil dari 'gantung-taik kering' di kepala terlalu lama

Perkataan 'gantung' banyak memberi makna dan implikasinya......kerana 'gantung' banyak jenis 'gantung'.

Ada orang suka gantung pisang di Masjid pada malam dan hari Jumaat......berkemungkinan dengan niat nak bersedekah.

Ada orang suka menggantung tak ber'tali'......perbuatan yang kejam walaupun leher tak terjerut tapi nafkah zahir dan batin tercekik.....ini mungkin jahil serta nak balas dendam

Ada ramai orang menjalani hukuman gantung......ini mungkin kerana kesalahan jenayah.

Ada orang menggantung kasut bola.......ini mungkin kerana faktor usia bersara atau merajuk.

Ada orang digantung dari pegang jawatan.......ini mungkin mereka yang menggantung ada 'udang' disebalik bola atau mereka yang kena gantung itu sendiri yang menyorok terlampau banyak 'udang' di sebalik bola.....apa-apa ajelah.

Ada perlawanan bola atau sukan lain digantung......ini mungkin kerana terlampau banyak sangat 'udang' dari bola hingga susah pengadil nak tengok.

Tapi si-mamad ini sorang bahaya sikit.....ini kerana dia dengan nada rasis bukan sexis (macam yang sorang lagi tuh yang dapat anugerah baru-baru ini) menghamburkan kata-kata yang menzahirkan tahap mentaliti puak-puak songkok 7 inci setengah nih. Si-mamad tu mencadangkan Ambiga di'gantung'.....ntah apa yang dimaksudkannya.....inilah hasilnya kerana terlampau lama meng'gantung-taik kering' di kepala.

al-brangionline:

Mencabar ammeno agar meng'gantung' mamad ni dari bertanding dalam PRU13 nanti kalau tidak maka sohihlah ammeno itu rasis. [Rujuk DI SINI )