Followers

Friday, 15 June 2012

Kudis......walaupun 'kecil' tapi amat me'nyiksa'kan

Apa yang nak saya coretkan di sini, tiada kena mengena dengan tajuk di atas tapi ia berkait rapat dengan kudis.

Lebih kurang 3 bulan selepas saya di'discharged' dari Hospital Serdang setelah terlantar 2 minggu kerana menghidap 'cellulitis'.

Mengikut kata doktor ia berpunca akibat gigitan serangga atau pun luka yang mengakibatkan jangkitan kuman......sehingga sekarang saya amat fobia dengan luka.

Saya masih ada lagi temujanji dengan hospital dan yang paling akhir 2 minggu lepas yang berakhir 'sedikit' darah diambil untuk tujuan analisa kerana keputusan ujian darah sebulan sebelum itu tidak memuaskan hati doktor.

Disamping itu saya juga menghidap sejenis penyakit berulang iaitu sejenis penyakit kulit yang selalunya dihidapi oleh bayi yakni 'eczema'.

Itulah bentuk ujian yang diterima......teringat saya akan e-mail yang diterima tadi untuk dikongsikan. Kisahnya berlaku dizaman nabi terdahulu yang berkisar dengan karenah bani Israel, ia berbunyi......"Salah seorang pemuka agama Bani Israil bermunajat seraya berkata “Ya Allah, berapa banyak saya berbuat maksiat terhadap-Mu namun Engkau tidak menyiksaku?” Lantas Allah menurunkan wahyu kepada nabi pada waktu itu, katakanlah kepada pemuka agama tersebut bahawa Allah swt membalas doa munajat anda “Berapa banyak Saya telah menyiksamu sedang engkau sendiri tidak menyedarinya, bukankah saya telah cabut daripadamu kemanisan bermunajat terhadap-Ku?”."

al-brangionline:

Ya Allah janganlah kami diuji dimana kami tidak mampu menghadapinya.