Followers

Thursday, 28 June 2012

Khir Toyo tercicir dlm PRU13 nanti......ibarat udah jadi 'besi buruk'......aduhai.....


Tak best ah Khir Toyo tak nak bertanding lagi dalm PRU13 nanti.

Kita nak tengok penyokong totok DUN Sungai Panjang masih lagi beri undi pada Ibnu Toyo lagi atau tak setelah Mahkamah menegenakan hukuman penjara SETAHUN ke atasnya setelah didapati bersalah dalam pembelian sebuah ruah bernilai RM3.5 JUTA.

Mengikut pergiraan turun temurun nenek moyang.....lazimnya, puak-puak songkok 7 inci setengah akan sentiasa memberi undi tanpa ambilkira apa pun jenis kesalahan selama mana sesorang itu mendapat restu dari 'atas'......alahai.....
___________________________________________________________________
Khir Toyo Sah Tidak Bertanding PRU-13

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo pada Khamis mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU_) ke-13 akan datang.

Dr Mohamad Khir, anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang sejak 1999, berkata: "Saya mahu menumpukan kepada keluarga saya dan berehat. Tidak ada alasan lain."

Doktor gigi itu juga berkata beliau tidak lagi mahu dicalonkan kerana kes mahkamahnya berhubung pembelian sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam bernilai RM3.5 juta.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Disember tahun lepas telah menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas beliau yang didapati bersalah, dan kes itu kini di peringkat rayuan.

Dr Mohamad Khir menjawat jawatan sebagai Menteri Besar apabila kerajaan negeri Barisan Nasional negeri itu tewas kepada gabungan parti PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada PRU 2008.

Beliau berkata soal calon DUN Sungai Panjang akan diserahkannya kepada Umno Bahagian Sungai Besar.

Ditanya sama ada keputusannya untuk mengundur diri dari bertanding itu direstui oleh anggota bahagian dan juga masyarakat di kawasan yang diwakilinya, beliau berkata perkara itu boleh diselesaikan.

"Kita boleh pujuk mereka untuk menyokong calon baharu, itu tidak jadi masalah," kata Dr Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor yang termuda iaitu berusia 35 tahun pada masa dilantik memimpin negeri itu pada 18 Ogos 2000. - ( mStar .)

al-brangionline:

Yang sebenarnya bila udah jadi besi buruk......timbang kilo pun udah jatuh harganya