Followers

Thursday, 21 June 2012

Apalah malangnya Terengganu......runtuh lagi...

Apalah malangnya negeri ku ini......runtuh lagi. [sumber .]

Kali ini sebuah astaka yang dalam pembinaan di daerah "Kerajaan Langit-Ayoh Pin", Besut telah 'sujud' menyembah bumi jam 1.30 tengahari tadi di mana 6 orang pekerja Indonesia terperangkap dalam runtuhan itu.

Kita tunggu kenyataan pakar oleh Mad 'Id atau pun Mad Derih kerana kedua-dua orang ini amat 'pintar' dalam hal-hal kejuruteraan.

al-brangionline:

Teringat akan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, Kuala Terengganu dimana bumbungnya 'sujud' menyembah bumi kurang lebih 3 tahun sudah.