Followers

Wednesday, 30 May 2012

Restoran Cheng Ho jadi saksi 4 tahun lalu bersama Nik Aziz....kini Amy bersama Umno.....ada aku kisah?

Kira 4 tahun yang lalu Tuan Guru Nik Aziz ada meluangkan masa merasmikan satu kedai buku di salah satu pasaraya di Wangsa Maju.

Selepas itu Tuan Guru Nik Aziz dan rombongan meluangkan masa makan tengahari di Restoran Cheng Ho umilik penyanyi Amy (Search).

Semalam Amy berada di PWTC dalam majlis penyerahan borang keahlian parti Umno bersama vokalis kumpulan May, Mustaffa Din dan Ibnor Riza.

4 tahun lalu Amy pernah berkata: ""Saya meminati tok guru dengan imej dan personaliti beliau sebagai seorang tokoh agama serta pemimpin yang hebat, kenapa harus takut dengan label-label yang berbau politik".

Semalam Amy berkata, "Tiada siapa boleh menentukan parti mana yang mahu saya sokong. Jadi, saya tidak peduli dengan kritikan mana-mana pihak dengan keputusan ini,” katanya kepada mStar Online.".

al-brangionline: Ada aku kisah......ka ka ka.