Followers

Thursday, 17 May 2012

Musim bunga dan musim gugur di Malaysia?......alahai.....

Sekarang ni di Malaysia... seolah-olah wujud musim bunga apabila seorang demi sorang artis berkahwin......dengan jumlah wang hantaran serta jumlah hantaran yang mengiringi mereka yang turut menjadi 'glamour' mengikut populariti tuan badan.

Dalam masa yang sama juga perceraian dikalangan selebriti......juga seperti musim gugur apabila seorang demi seorang berlinangan air mata mengiring perpisahan......yang tak sedapnya sebiji-sebiji hala-hal dalam 'kelambu' turut terhebah.

Berkahwin atau bercerai......tidak dapat lari daripada pendedahan akhbar......begitulah 'mahal'nya harga bagi seseorang selebriti.

Dalam bolasepak di Malaysia, kita juga menyaksikan beberapa jurulatih yang punyai keistimewaan sendiri telah 'gugur' sorang demi sorang seperti K.Devan (pasukan Johore FC), Mat Zan Mat Aris (pasukan Terengganu), Peter Butler (pasukan Kelantan)......begitulah beratnya kehendak bolasepak sekarang yang hanya perlu menang...menang...menang...selain daripada itu bermakna 'tali' yang mengikat jurulatih dengan sesebuah pasukan akan di'kerat' putus.

Satu lagi musim gugur yang dinanti-nantikan sekian rakyat Malaysia......apabila PRU13 tiba dan diikuti dengan musim bunga yang bakal memwarnai lanskap politik Malaysia.....dan diharapkan Pakatan Rakyat akan mewarnai musim bunga itu dalam tempoh yang berpanjangan dan ingat jika ia tidak 'perform', maka dengan sendiri ia akan gugur.....

al-brangionline;

Tidak sabar menunggu musim gugur.....