Followers

Monday, 7 May 2012

Ilmu lawannya ilmu.....Ulamak lawannya Ulamak.....panaaas

Majlis Fatwa Kebangsaan telah putuskan "Demonstrasi" adalah haram seperti berikut:

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan adalah haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara." [sumber .]

Manakala Ketua Dewan Ulamak PAS dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS berkata pula seperti berikut:

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diseru tidak mengeluarkan pandangan melibatkan demonstrasi sahaja tetapi mestilah juga mengeluarkan pandangan melibatkan kepincangan pilihan raya yang menjadi sebab kepada berlakunya demonstrasi."

"Demonstrasi menyatakan pandangan adalah berasaskan kepada kewajipan amar makruf nahi munkar yang dituntut oleh Islam,

"Sementara itu, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Aman Razali pula menegaskan bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan diminta jangan menyempitkan pandangan muzakarah melibatkan demonstrasi yang berlaku sahaja.

Tetapi, tambahnya mereka perlu mengeluarkan pandangan terhadap kepincangan pengurusan kewangan negara, amalan rasuah yang berleluasa, pengkhianatan pemberian ic kepada bukan warganegara, pemberian warganegara dengan tujuan politik jahat, rasuah politik kepada pengundi, pengunaan dana kerajaan oleh parti yang bertanding dalam pilihanraya dan kepincangan pengurusan pilihanraya.

“Dengan itu, Jawatankuasa Fatwa akan dilihat berwibawa dan tidak menjadi alat pemerintah semata-mata, malah menjadi suara amar makruf nahi munkar mewakili rakyat," [sumber .]


albrangionline:


Demonstrasi memperagakan pakaian dan kecantikan dengan lengokkan badan separuh bogel di atas pentas dikelilingi lelaki menaksikan mereka dibawah pentas bagaimana pulak bunyi fatwanya?


Adaka 'perkasam' dan 'perkuda' dikecualikan?


p/s


Rupa-rupanya amenolah yang menjadi pelopor......pertama sekali melakukan perbuatan 'Haram' itu semasa menentang Malayan Union dulu.....sudah lupa ke komer...hu hu.