Followers

Sunday, 20 May 2012

Annuar bijak bermain politik

Selaku sorang politikus yang kian kusam dalam politik Kelantan, tiba-tiba namanya melonjak kembali terutama di kalangan anak muda semata-mata kerana bijaknya beliau bermain politik.

Samada secara sengaja atau tak sengaja apabila beliau meng'kritik' bolasepak Malaysia yang sedikit sebanyak 'sakit'nya turut dirasai oleh FAM yang mana dirinya sendiri menerajuinya selaku Timbalan Presiden.......akibatnya beliau digantung tugas selama dua tahun setengah.....tup tup namanya meletup di kalangan anak muda khususnya 'The Red Warriors'.

Nak dikata beliau naif tentang peraturan persatuan amatlah mustahil kerana beliau sudah aktif berpersatuan semenjak di zaman kolej lagi, tapi itulah Annuar.....bijak bermain politik.

Majoriti 'The Red Warriors' bersimpati dengannya.

Tiba-tiba beliau muncul bersama isteri dan anak-anak dengan membeli tiket perlawanan akhir piala FA di mana Kelantan menjadi juara mengalahkan Sime Darby satu gol kosong menggunaka duit sendiri......beliau menjadi tumpuan penyokong muda.....bukan itu saja, beliau turut menanda-tangani di 'banner menuntut royalti minyak di pintu masuk stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Itulah Annuar, politikus yang bijak bermain politik.....umum mengetahui Kerajaan Kelantaan dibawah teraju PAS sudah sekian lama menuntut royalti minyak dari Kerajaan Persekutuan.

Di dalam situasi sekarang, adakah beliau merupakan 'winnable-candidate' yang dicari-cari oleh Najib?

Saya kurang pasti samada pimpinan PAS ada muncul di stadium malam tadi atau kemungkinan hadir tapi tidak mendapat 'coverage'.....biasalah dari pembangkang.....tapi seharus mencari satu gimik yang mana mahu tak mahu akan mendapat coverage dari salah satu media dan mendapat mencuri hati anak-anak muda di Stadium.

PAS juga seharusnya bijak bermain politik......pengumuman cuti sehari oleh TG Nik Abdul Aziz juga dikira bijak ber'main' politik.....tapi pimpinan lain juga seharusnya bijak mengeksploitasikan lagi 'event' yang amat besar ini, yang tidak mungkin muncul saban tahun iaitu perlawanan akhir bolasepak, sukan nombor satu Malaysia.

al-brangionline:

Dok gitu weh?......Tahniah pasukan dan penyokong 'The Red Warrior' kerana menjuarai Piala FA. [sumber .]