Followers

Sunday, 1 April 2012

Tak pasai Nik Aziz nak mintak maaf

Gambar hanya sebagai hiasan

Orang-orang tua zaman dulu selalu menggunakan peribahasa.

Selalunya nama sesuatu benda samada ia bernyawa atau tidak untuk menggambarkan sesuatu tanpa berniat untuk menyamai benda itu dengan sifat manusia tapi hanya semata-mata untuk menguatkan sesuatu ibarat.

Sebagai contoh......"seperti kera mendapat bunga."

Di sini bukan untuk mengataka seseorang itu adalah kera tetapi hanyalah untuk menguatkan seseorang itu akan perangai kera itu yakni sesorang yang tidak menghargai atau pandai menjaga sesuatu pemberian yang berharga.

Contoh kedua......"Gemuk seperti badak."

Tidak terniat atau terlintas dihati orang zaman dulu nak samakan seseorang dengan badak tapi hanya nak menceritakan akan kegemukan seseorang yakni satu amalan tidak sihat untuk kekal dalam kegemukan yang mana boleh terdedah kepada berbagai penyakit.

Contoh ketiga......"Seperti kera kena belacan"

Tiada hasrat langsung nak menyamakan individu atau seseorang itu dengan kera, tapi hanyalah semata-mata nak menguatkan gambaran seseorang yang terkinja-kinja...bergedik-gedik salintak tumpah seekor kera yang kepanasan...kegatalan terkena belacan yang bukan makanan kegemaranya.

Dengan ketiga-tiga contoh di atas jelas menguatkan tiada keperluan untuk TG Nik Abdul Aziz nak mintak maaf dengan sang 'Putri' yang tersinggung dengan perkataan 'beruk' seperti DI SINI .

Takkan nak samakan seseorang yang "cantik-molek" dengan beruk. Beruk ada ekor dan badan berbulu-bulu manakan sama dengan "sang-puteri" yang jelas tak ada ekor dan kalaulah ada bulu sekalipun taklah selebat beruk. Beruk suka bergayut manakala "sang-puteri" mana ada kekuatan untuk bergayut dari dahan ke dahan.

Kalau nak sama pun mungkin perangai beruk suka buat bising dan terkinja-kinja melompat-lompat apabila bertembung dengan orang.

Kalau "sang-puteri" terasa marah sangat......apa kata kita gantikan perkataan beruk itu dengan arnab, kucing, rusa, tapir atau kambing gurun.....apa macam setuju tak?

al-brangionline:

Jangalah marah......nanti kena jual.....kikikikiki