Followers

Monday, 2 April 2012

Pakatan Rakyat......tolong jangan complacent.....


Puteri Umno tak akan mintak kerusi tambahan dalam PRU13 nanti seperti dilaporkan DI SINI .

Begitu juga dengan MIC, rakan sekutu Umno tak akan mintak kerusi tambahan seperti di laporkan DI SINI .

Satu lagi parti yang telah hilang semua kerusi dalam PRU12 dulu iaitu PPP hanya mintak 4 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN. Ingatkan parti ini telah pupus...rupa-rupanya masih bernafas. Sila rujuk DI SINI .

MCA juga dilihat bersikap low profile walaupun beberapa analisa memberi harapan prestasinya kali ini lebih baik dari PRU12 dulu. [ Sumber .]

Kenapa kelihatan parti-parti sekutu Umno begitu disiplin dan ber'jurus' dalam pilihanraya kali ini?

Adakah ini menunjukkan keakraban wujud dalam BN?

Atau adakah parti-parti sekutu itu masih trauma dan terasa akan kelemahan mereka seperti berlaku pada tsunami politik 2008 dulu?

Atau Umno memang berlagak taiko sehingga parti-parti sekutu mereka tak boleh angkat muka?

Atau adakah ini petanda awal kesuraman yang sudah terasa seolah-olah bayangan Pakatan Rakyat berarak ke Putera Jaya sudah kelihatan?

Dalam pada itu, adakah pengagihan kerusi dalam Pakatan Rakyat kelihatan selicin mereka di Pusat dan setiap negeri?

al-brangionline:

Ntah......tiba-tiba kedua kening ku terasa terangkat.