Followers

Monday, 2 April 2012

Gah di padang......tapi tak disangka bergolak rumahtangganya....



Gambar (semasa zaman persekolahannya) ihsan dari abrablog.com

Pemain yang bertubuh sasa ini begitu gah di padang. Larian kencang serta tendangan sambil berlarinya menggerunkan mana-mana penjaga gol.

Pemain yang baru bergelar jutawan ini begitu tersohor di Malaysia terutama di Selangor pasukan asalnya sebelum berhijrah ke Indonesia yang merupakan penjaring terbanyak untuk kelabnya Pelita Jaya.......namun tiada siapa yang tahu bahawa rumahtangganya bergolak.

Kita amat simpati dengan segala tribulasi yang ditempoh oleh pemain penyerang handalan negara ini tapi itulah yang dikatakan.....ajal-maut serta jodoh-pertemuan di tangan Allah SWT.

Hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam telah melafazkan talak satu ke atas isterinya, Puan Sabarina Yusof di mana hanya Allah SWT sahaja yang tahu akan segala kekusutan rumahtangga beliau. Sila baca DI SINI seterusnya.

al-branionline:

Didoakan agar beliau kembali bertaut dengan bekas isterinya demi masa depan anak-anak.....tetapi jika sudah ditakdirkan jodohnya hanya setakat ini, saya berdoa agar beliau ditemukan jodoh dengan pasangan yang sesuai yang dapat memahami karier beliau sebagai seorang pemain bolasepak.