Followers

Thursday, 26 April 2012

Di antara botoks dan aurat......

Gambar hanya sebagai hiasan

Tiba-tiba nak bercakap pasal suntikan botoks.

Ada sesetengah artis menyuntik botoks semata-mata untuk sentiasa kelihatan jelita dan mengekalkan keayuan......yang sebenarnya tak tertakluk pada artis aje, ada juga orang awam yang buat begitu.

Ada artis menyuntik botoks pada bibir agar kelihatan tebal mengancam.....ntah tang mana yang nampak cantik, macam bibir orang bengkak terkena cili berlibihan adalah.

Ada sesetengah pemimpin menyuntik botoks agar sentiasa nampak muda belia.

Mereka sanggup berhabisan ribuan ringgit untuk tujuan itu.

Saya tertarik dengan kenyataan penyanyi Jazz tersohor, Sheila Majid, dia kata dia tak suntik botoks kerana haram.
[sumber .] [sumber .]

Dalam pada itu jangan lupa, tak menutup aurat pun haram.

Saya menyeru kepada semua kaum hawa supaya menutup aurat dan menjauhi botoks.....tidak kurang juga kaum Adam

Bagaimana ya yang menyuntik botoks dan tak menutup aurat? Berapa kali haram tu......tu tak termasuk yang sedang ber'kali-kali-kedudukan' (jamak kepada bersekedudukan).....ntah berapa kali haram ye?

al-brangionline:

Sesungguhnya......kecantikan itu tidak kekal.....yang mengikuti kita esok ialah amal.

Bila roh berpisah dengan jasad, segala kecantikan akan hilang seri, yang tinggal hanya muka yang pucat, sembab dan kerepot.