Followers

Thursday, 19 April 2012

Bila-bila masa bola akan menerjah gawang......tapi belum tentu dikira......alahai.....

Mengimbau zaman kanak-kanak memang seronok. Setiap petang Jumaat dan Sabtu......kami akan bermain bolasepak (bola plastik) di belakang rumah......kebetulan ada tanah lapang, pendek sikit daripada gelanggang futsal sekarang.....kiri kanan pokok senduduk.

Oleh kerana tiada palang gol dan tiang gol, kami bersetuju jika penjaga gol tak dapat menjangkau ke atas (untuk bola tinggi) maka gol tidak dikira. Kami hanya guna selipar Jepun sebagai tanda tiang gol.

Dalam pasukan kami ada sorang yang memang kaki dribble.....kalau dapat bola pasti dia akan gelecek bersekali dengan penjaga gol.

Oleh kerana penjaga gol pasukan lawan itu senior 2 tahun daripada yang lain maka dia bertindak suka mengarah.....dialah referee...dialah penjaga garisan...dialah penjaga padang......alahai.

Oleh kerana pasukannya selalu kalah, maka pada satu hari striker harapan kami sudah terlepas dari kawalan...habis semua digeleceknya dan sedang meluru ke gol lawan......penjaga gol sedar dia akan diaibkan untuk sekian kalinya dengan pantas dia rapatkan tiang gol (selipar Jepun) dan hanya menunggu striker kami menghampirinya.....akhirnya bola diselamatkan.

Tapi itu kisah dulu kala......di zaman sekarang mana ada peristiwa 'pelik' macam tu.

......Tolong sikit, jangan cakap macam tu.....sekarang pun ada berlaku...dah banyak kali berlaku.

Sekarang bola sedang meluru ke gawang Umno.....semua penonton akan menyaksikan gol kemenangan.

Umno tiada cara lain...tiada helah lain...penonton nak kata apapun...katalah...selama ni pun penonton selalu dikeleceknya tetapi dek selalu digula-gulakan maka penonton hanya mem'buta'kan mata dan me'mekak'kan telinga.....Umno hanya ada dua cara iaitu mintak bantuan 'pengadil' dan alih tiang gol.

SPR yang bertindak selaku 'pengadil' pilihanraya sentiasa di'perkuda'kan oleh Umno.....bahkan seluruh Agensi Kerajaan di'tunggangi'nya.

Mak Cik tua yang sudah nyanyuk dan kaki latah pun akan tergelak terbahak-bahak bila arahan suruh naikkan bendera BN di setiap stesyen komuter di Selangor.

Kenapa SPR kata PRU13 adalah yang paling sengit?

SPR tidak perlu mengulas atau buat ramalan......kerjanya hanya menguruskan pilihanraya dengan profesional.

Bila agaknya Umno akan bermain 'fair-play'?

al-brangionline:

Tunggulah Persatuan Peminat Kucing SeMalaysia berkonferens......dah bertanduk rupanya si-Tomel.