Followers

Friday, 13 April 2012

Biar Mad Said terjun dengan labu-labunya.....biarkang...biarkang


Mad Said dah habis (hilang?) akal dah......dah tak dok idea lagi (semenjak bila ada idea?).....memang jelas dan ketara sangat dah kurang kecerdikannya (semenjak bila dia baaaanyak cerdik?).

Dulu setiap kali ada PRK atau PRU, Umno Terengganu khususnya akan main isu PAS kafir-mengkafir sehingga sikit sebanyak termakan jugak oleh Pak-Pak Imam dan Pak-Pak Lebai kampong.....tapi sekarang isu itu sudah basi.

Biia dah tahu isu itu sudah basi dan memang sudah tak dok 'mmodal' lagi lebih-lebih lagi bila tengok gelombang "PAS Ganti Umno" semacam mengancam kerusi Mad Said sendiri khasnya dan Umno Terengganu amnya, maka Mad Said dengan muka 'do rok cetong (muka poyo lah sikit lebih kurang) macam budak-budak di "Tadika Kemah" cuba-cuba main isu "PAS: Parti Ajaran Sesat".

Khabarnya dia nak jaja isu ini ke KL kononnya nak 'kipas' bos Umno di KL.

Rasanya se'Syesyat2' pemimpin Umno yang lain pun, mereka tak berani nak kata PAS itu
Parti Ajaran Sesat'.

Rasanya pimpinan PAS Terengganu tak perlu panik......sebelum dia nak bawak isu ini ke Kuala Lumpur......dia sendiri akan 'sesat larat' dok leh balik ke Terengganu kerana akan di'main'kan oleh puak Umno pusat.

al-brangionline:

Biar si-luncai terjun dengan labu-labunya......biarkan...biarkan. [sumber .]