Followers

Saturday, 14 April 2012

Betul pesan Pak Det tu......janganlah 'trauma' pulak.....

Mungkin orang Umno sudah lupa......memang Melayu (Melayu Umno) mudah lupa.

Dulu Pak Det kata Umno sudah 'busuk' dari kepala sampai ke ekor.....tapi Melayu Umno masih pilih Umno.

Kenapa?

Sebab orang Melayu (Melayu Umno) amat 'fobia' dan 'trauma' dengan duit......walaupun dapat RM500 untuk 5 tahun yang bermakna hanya 27 sen sehari....tak dapat sebatang rokok pun.

Yang mengharukan lagi kalau Umno buat janji pun.....orang-orang Melayu (Melayu Umno) akan meleleh-leleh air-liur punyalah teruja.

Jadi bila Pak Det nasihat agar bijak pilih parti...beliau berpesan dari sudut hatinya yang ikhlas...cuma beliau tak berani nak cakap secara berterus terang kerana 'platelets'nya berjenama Umno lagipun beliau tak dapat nak bayangkan apa akan terjadi bila Pakatan Rakyat ber'arak' ke Putrajaya selepas PRU13 nanti.

al-brangionline:

Jangan bimbang......"generasi Melayu Umno" akan dilayan mengikut hak masing-masing......tapi pemimpin mereka yang salah laku tu janganlah trauma pulak berulang-alik ke Mahkamah.