Followers

Friday, 20 April 2012

Baru ku tau apa itu 1Malaysia......alahai

Di mana-mana pergi akan ada billboard terpampang logo '1Malaysia'.

Di baju orang Umno se'wajib'lah ada logo '1Malaysia'.......di sut pegawai atasan Agensi Kerajaan kalau nak cepat naik pangkat mesti ada logo '1Malaysia' (rasanya kalau nak cepat lagi pakai logo tu di kiri-kanan serta depan belakang.....bukan cepat apa...cepat dibersarakan......kikiki)

Sekarang ada klinik 1Malaysia. Apa bezanya dengan klinik biasa?

Adakah klinik biasa hanya untuk orang Melayu dan klinik 1Malaysia untuk pelbagai kaum?

Kedua-dua klinik tersebut adalah bangunan yang sama, doktor yang sama, farmasi yang sama, ubat yang sama.....seperti di Bangi, yang bezanya klinik 1Malaysia bermula dari jam 6.00 petang hingga 9.00 malam......alahai.

Begitu juga dengan Kedai Rakyat 1Malaysia......kononnya diwujudkan kerana memberi tawaran harga yang murah......bukankah itu bermakna di kedai-kedai lain yang bukan '1Malaysia' harganya boleh dipastikan murah oleh Kerajaan......kakakaka...ada betoi ka kawan?

Selainnya ramailah yang jenis wengong-wengong mensensasikan 1Malaysia seperti buat kek 1Malaysia...kain batik '1Malaysia'...dodol '1Malaysia'...bila ambik gambar angkat jari telunjuk nak menggambarkan '1Malaysia' (dalam ramai-ramai tu ada yang tersalah angkat jari, terangkat jari hantu....rosak 1Malaysia...kikiki).

Jadi apa bezanya di antara 1Malaysia dengan yang biasa? (Macam KFClah pulak...Original Recipe..extra spicy dan crispy dll)

Jawapannya sama saja......samada isinya, kulitnya, warnanya, coraknya, gemuknya, kurusnya, putihnya......yang beza hanyalah sensasinya dan ejaannya.

Jadi kenapa Umno gubah '1Malaysia'?

Kerana orang India dan Cina sangka Malaysia hanya untuk orang-orang Melayu.

Siapa yang cakap? Sebab dalam PRU12 undi orang India dan orang Cina merudum.

Oh itu macam ka?

al-brangionline:

Baru saya faham.

p/s

Kalau tak nak hapus PTPTN tak apa......jangan panik, ego pun tak jatuh...caranya senang je....wujudkan universiti 1Malaysia percuma di setiap negeri......apa macam?...