Followers

Saturday, 31 March 2012

Sakit lagi perit: Aktres jelita ini nekad buang 23 butir tatu di badannya

Kebanyakan selebriti 'Mad Salleh' tak kira yang wanita mahupun yang lelaki terlalu obses dengan tatu.

Sesetengah selebriti wanita sanggup memenuhi belakangnya dengan tatu dan sesetengahnya ditempat-tempat yang 'sulit lagi strategik' kononnya nak menarik ummmph pada pasangannya.

Trend ini sudah menular pada selebriti sebelah Asia samada selebriti berAgama Islam atau sebaliknya dan juga sudah meresap gejala ini kepada remaja Islam di Malaysia.

Lakaran inai yang menyerupai tatu seolah-olah menjadi satu kemestian pada sesetengah pengantin wanita di Malaysia akhir-akhir ini.

al-brangi tidak berhajat membincang dari segi hukum tentang mengwujudkan tatu serta melakarkan inai ala-ala tatu kerana kurang ariff dalam bidang itu...cuma dari sudut nak menghilangkannya, lakaran inai boleh dihilangkan dengan menggunakan air dan sabun manakala tatu, cara menghilangkannya mengikut teknologi terkini ialah mengunakan laser dan dengar cerita ianya amat memeritkan.

Olla Ramlan, aktres jelita lagi seksi ini memiliki 23 butir tatu di seluruh badannya. Tatu itu diwujudkan kerana kasih dan setianya kepada suami pertamanya, Alex Tian.

Sekarang beliau berazam untuk meng'nyah'kan tatu itu apabila akan berkahwin dengan bakal suami bernama Muhammad Aufar Hutapea walaupun tahu ia amat menyakitkan dan akan mengambil masa kuran lebih 2 bulan.

Cerita selanjutnya DI SINI .

al-brangionline:

Jangan terkejut jika anda naik LRT dan terserempak dengan remaja Islam memilik sebutir tatu di tempat 'strategik'......aduhai.....