Followers

Sunday, 4 March 2012

Pakaq atau pungkoq

Kalau cakap pasal Agama, hanglah pakarnya......mengaalahkan para Mufti sebab para Mufti sudah jadi 'Mufta' dek auta hang.

Kalau cakap pasal engineering, hanglah pakarnya......mengalahkan para engineers sebab otak para engineers telah diengineered oleh hang.

Kalau cakap pasal ekonomi, hanglah pakarnya......mengalahkan para ekonomis dek kepala otak para ekonomis telah di'ekonomi'kan.....dikecikkan...disempitkan oleh hang.

Kalau cakap pasal undang-undang, hanglah pakarnya......mengalahkan para lawyer/Hakim kerana hang kuat 'lowyar'.

Kalau cakap pasal perubatan.....oh hang tak pernah bercakap pasal perubatan walaupun hang seorang Doktor kerana hang telah lama tinggal lapangan itu.

Kalau dalam bab fitnah, hanglah pakar segala pakar......kerana hang kaki autar.

Kalau bercakap pasal politik, hanglah pakarnya......mengalahkan sekalian ahli politikus seantero dunia kerana hang suka men'cekik' para pengkritik ketika hang berada di puncak dulu.

al-brangionline:

Tak tahu nak kata......hang ni memang pakaq atau pungkoq.

p/s Teringat pulak laporan DI SINI....macam ada kena mengena kot......kakakaka.....