Followers

Tuesday, 27 March 2012

Nanya YB,......sabor jelah, jangan layan sangat

Kebanyakan bekas suami yang berpisah dengan bekas isterinnya amat jarang beliau menceritakan akan kekurangan yang ada pada bekas isterinya.

Jika mereka merasakan bekas isteri mereka itu kuat makan...bau badan yang tengit...bau mulut yang busuk...bau rambut yang hangit...kuat berdengkur...malas dan tak tahu memasak...keinginan adegan ranjang yang brutal atau mual.....maka kebanyakan bekas suami hanya berpisah secara baik tanpa mendedahkan keaiban yang ada pada bekas isteri mereka.

Lainlah kalau si bekas suami itu memang jenis yang 'jahat'...hanya pandai mencari kelemahan orang lain...sentiasa merasakan diri sendiri sempurna dan hebat...tidak menunaikan amanah sbagai seorang suami...sentiasa lupa akan ketidakcukupan barang-barang dapur serta barang-barang keperluan sulit iateri...bertambah-tambah lagi pulak jika si bekas suami itu mereka-reka cerita yakni membuat fitnah kerana dendam kesumat atau mungkin sudah gila talak.

Begitu jugak apa yang berlaku dalam politik tanahair......setiapa kali mereka ditunjuk jalan keluar oleh bekas parti mereka atau mereka 'sendiri' merelakan 'diri' mereka keluar dari parti...(ini jarang-jarang berlaku kecuali mereka di'gadai-hormat' diri mereka sendiri, terus keluar dari bekas parti mereka di atas beberapa 'penaja politik').....selalunya mereka akan memaki hamun bekas parti mereka...akan mendedahkan segala ke'aiban' dan yang paling parah ialah mereka mengada-adakan cerita serta menabur fitnah kepada bekas parti mereka semata-mata kerana dendam kesumat dan hasad dengki kerana tidak memperolehi sesuatu bila parti mereka menang.

Selalunya, samada jenis yang pertama atau yang kedua itu akan mencurahkan ketaatan yang tidak berbelah bagi pada 'pay-master' yang baru kerana di dalam hati mereka ada seketul daging yang sudah hitam menebal sehingga tidak dapat memberi pancaran yang dapat membezakan di antara yang hak mahupun bathil.

Lihatlah apa yang Raja Segala Katak membukak luas mulutnya.....salakan Senatak si-Raja Katak diikuti salakan si-Katak Kulim...renggekan si-Nalla Lekek dan yang akhir-akhir ini si-Mamat Bulat yang kononnya punyai 'Jati' diri yang mantap...semuanya membuktikan mereka ini amat setia pada 'pay-master' mereka yang baru.

Dua ADUN ini menjadi fitnah dari bekas rakan mereka yang ditunjuk jalan keluar. Sila ke SINI .

al-brangionline:

Tak malu?.....Tergamak ke?

Selalunya yang spesis jenis itu sudah kering istilah malu dan tergamak dari seketul daging yang sudah hitam menabal dalam diri mereka.