Followers

Thursday, 1 March 2012

Kedah masih Ketegaq

al-brangionline tak tau mana satu yang ketegaq......sapa dia yang ketegaq.....pasai apa jadi ketegaq.....apa punca boleh jadi ketegaq.

Kalau pengundi jadi ketegaq dalam PRU13 nanti macam yang lepas-lepas.....apa macam?.....Sapa yang rugi?

Rasanya yang ketegaq pasti rugi.....yang semi ketegaq pun ikut rugi sama.....yang tak ketegaq, diam membisu pun rugi dan yang paling rugi adalah rakyat yang mahukan perubahan setelah dinaungi Umno/BN hingga fikiran jadi buntu dan bantut.

Semasa PAS di zaman sebelum 90an......majoriti ahli, kuat wala' pada pimpinan.....usrah dan berbagai program tarbiyyah diadakan......masing-masing yang berjawatan tinggi dalam Kerajaan atau ada bisnes sendiri kebanyakkannya menolak apabila dicalonkan atas alasan low profile......hang ajelah yang bertanding...aku tak layak...macam-macam alasan.....sebab itu jawatan dalam parti kebanyakan menang tanpa bertanding.

Apabila PAS mula merampas Kelantan pada 1990.....merampas Terengganu pada 1999.....diikuti dengan Kedah, sebahagian kerusi di Perak serta Selangor.....pelan-pelan situasi sudah berubah.....tiba-tiba ramai yang menawar diri untuk memegang jawatan tertinggi dalam parti dan tak kurang juga ramai yang mengidam untuk bertanding dalam PRU.

Yang paling 'lucu' apabila tiupan trompet menghala ke Putrajaya......ramai jugak yang 'ghairah' agar tidak ke'tinggalan bas' sehingga ada yang lebih sudu dari kuah dengan memberi pandangan peribadi kononnya kaum lain boleh menjawat jawatan nombor dua tertinggi dalam parti tapi umum melihat ia hanya nak ambik hati undi kaum lain.

Kita tidak menafikan kaum lain yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu boleh diberi peluang untuk memberi nilai tambah dalam urus-tadbir seperti Abdullah Uraiqat seorang bukan Islam diberi kepercayaan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk arah semasa peristiwa hijrah dahulu.......dan kita tidak menafikan kita boleh bekerjasama dengan orang bukan Islam dengan tujuan untuk menjatuhkan kezaliman dan menegakkan kebenaran seperti apa yang kita perjuangkan melalui Pakatan Rakyat.

Apa yang al-brangionline cuba ketengahkan di sini ialah sikap 'besaq-kepala'...'kepala-batu'...ketegaq yang ada dalam kepala segelintir orang-orang PAS (bukan semua)......dalam Bangi ni entah berapa kumpulan usrah yang masih 'hidup' atau kalau 'hidup' pun persis nyawa-nyawa ikan.

PAS (pemimpin serta ahli termasuk penyokong dan pendokong) harus mendepani rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat serta rakyat jelata dengan qudwah hasanah agar pengundi dapat membezakan yang mana satu Umno dan yang mana satu PAS.

al-brangionline:

Dulu 'nyaris-nyaris' nak jadi orang Kedah tapi pasai ketegaq punya pasai......hah cerita lama noh......hahaha...

Kot-kot artikel DI SINI dijadikan pedoman.