Followers

Saturday, 3 March 2012

Kaki merah menyala...panas membara

Pada tengahari Khamis baru-baru kaki kanan al-brangi hanya nampak kemerah-merahan dan disangka itu hanya merah-merah gatal kerana baru balik ber'brisk-walking'.

Tiba selepas solat Zohor badan terasa menggigil walaupun kepala terasa panas amat.

Selepas meletak tuala basah di kepala......terus terlena dan jaga jam 5.30 petang, kepala rasa berat dan badan masih panas lalu selepas solat Asar terus lagi sambung tidur.

Bila isteri balik dari kerja, dia ajak pergi klinik tapi badan terlalu panas...kepala berat amat lalu suruh isteri pergi jumpa Doktor kerana ingatkan demam biasa.....rupa-rupanya kaki sudah merah menyala dan terasa panas membara.

Hari Jumaatnya masih lagi tak pergi klinik......digagahi juga pergi solat Jumaat walaupun termasuk dalam uzur syarie......sebelah malamnya langsung tak boleh lelap tidur kerana kaki berdenyut dan badan masih panas......sehinggalah pagi tadi baru pergi ke klinik dan Doktor amat terkejut kenapa boleh tunggu sampai 2 hari baru jumpa jalan ke klinik.

Bila al-brangi singkap seluar, terus Doktor kata ini cellulitis.

Doktor beri anti-biotics serta ubat surut bengkak dan kalau dalam masa 2 hari tiada memberi kesan dia akan beri refer letter untuk syorkan mana-mana hospital pakar untuk memberi anti-biotics melalu darah dan ini memberi makna al-brangi akan dimasukkan ke hospital......harap sahabat-sahabat semua dapat mendoakan agar sembuh seperti sediakala.

al-brangionline:

Tempat yang paling boring ialah tempat makan 'nasi-kawah berubat'.....aduihhhh.....