Followers

Friday, 30 March 2012

Anwar dan Annuar......sama tapi tidak serupa

Kedua-duanya petah berpidato. Kedua-duanya ahli politik.

Anwar sorang politikus ulung yang konsisten berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan. Dia menjadi mangsa keadaan kerana ketokohan sehingga menggerunkan serta nampak menggugatkan lawannya yakni Umno maka dia diserang kiri-kanan.....depan-belakan.....atas-bawah. Beliau difitnah serta diaibkan dengan pelbagai istilah 'seks' bawah 18 tahun.

Annuar juga seorang politikus tapi politikus yang sudah tumpul segala ketajaman kuku dan taring tapi masih petah berpidato dan berhujah. Dalam politik beliau adalah 'musuh' bagi parti saya maka dengan secara teknikalnya beliau adalah 'musuh' saya......tapi dalam kes beliau dengan FAM saya hanya 'menyokong' pendapatnya terhadap FAM dan jelas beliau adalah 'mangsa' keadaan seperti kesnya DI SINI .

al-brangionline;

Menyata serta menegakkan kebenaran adalah seperti meniti di atas bara api......hanya mereka yang tabah serta beristiqomah sahaja yang akan lepas di seberang sana.