Followers

Monday, 19 March 2012

14 hari terlantar.....aduhai.....

Tepat 14 hari, 14 malam saya terlantar di Hospital Serdang kerana menghidap penyakit 'cellulitis' di kaki kanan. Selama itu jugaklah laptop ini tidak terketuk......pertama kerana terlalu sakit sehingga mood pun hilang dan keduanya tiada bawak laptop dan tak ada kemudahan 'wi-fi' di Hospital yang boleh dikatakan mempunyai kemudahan yang agak bagus.

Kerana terlalu 'gian' meninggalkan alam blog dan putusa hubungan dengan politik tanahair kerana tak baca akhbar......setelah di'dischaged' petang tadi, malam ini saya ingin saya kongsikan beberapa perkara yang pengurusan Hospital Serdang perlu mengambil atau buat penambaikan.

Kira-kira jam 1.00 petang pada 5 Mac 2011 saya telah membawa 'Refer Letter' dari sebuah klinik swasta dan serah di Bahagian Kecemasan dan kelihatan Pembantu Hospital sedang buat key-in dalam komputer. (dalam hati......wow boleh tahan sistem di sini.)

Selepas 30 minit nombor saya di panggil (dalam hati......wow cepatnya). Saya masuk dan agak terkejut kerana hanya Staff Nurse dan pembantunya yang melayan saya dan bertanya sakit apa(saya masih bersangka baik kerana diluar memang terpampang sistem 'triage' yakni menyaringkan prioriti tahap sakit seseorang pesakit). Saya tidak menjawap tapi menghulurkan 'Refer Letter' dan kelihatan beliau buat 'key-in' dalam komputer. (dalam hati......kenapa tak dilinkkan maklumat yang telah diserah kepada Bahagian Pendaftaran Kecemasan sebentar tadi.)

Setelah diambil tekanan darah, tahap gula dan suhu badan, saya diarah supaya membuat pendaftaran di Unit Hasil dan menyerahkan 'Refer Letter' dan Kad Persara......di situ sekali lagi dibuat 'key-in' dalam komputer. (dalam hati hati......aduih banyaknya sistem di hospital ini.

Lebih kurang pukul 3.00 petang nombor saya di panggil dan baru berjumpa doktor. Di sini saya sungguh keciwa kerana layan pegawai perubatan yang tidak pro. Sekali lagi saya ditanyakan sakit apa. (Dalam hati......berapa kali mahu tanyalah. Komputer diketuk di tiga tempat, takkan satu pun tak masuk dalam komputer pegawai ini?). Yang paling keciwa disuruhnya saya menyelak seluar dalam keadaan berdiri dan dia meneliti dalam keadaan menonggeng......aduih dua2 tak selesa, saya sakit kaki dan dia sorang perempuan......akhirnya baru disuruh saya baring
dan diambil darah.....itu pun setelah dua kali cucuk baru dapat.

al-brangionline:

Aduhai Hospital Serdang yang mempunyai sistem yang tidak ber'sistem'......bersambung esok.....banyak lagi cerita yang mungkin menarik.