Followers

Tuesday, 20 March 2012

14 hari terlantar - part II......bukan duit Umno wey.....

'Teman rapat selepas keluar hospital kerana berkebetulan kaki kiri pulak membengkak tak boleh pijak."

Kaki kana yang kena 'cellulitis' sebelum masuk hospital

Selepas menerima rawatan di hospital.

......selesai diambil darah untuk ujian, saya disuruh menjalani X-ray. Saya sempat bertanya di mana tempat X-ray...Doktor tu menjawap dengan penuh tidak beretika dan pro....sebelah-belah sana...tanyalah orang yang lalu lalang di situ. Dengan terhincut-hincut tanpa diberi kerusi roda, saya pun beredar. (dalam hati......'baik'nya hati seorang Doktor perempuan ini yang saya jangka masih dalam housemanship.)

Setelah selesai semuanya saya pegi menunggu di luar bilik doktor itu. Kira jam 5.00 petang saya dipanggil masuk dan seorang Doktor lelaki pula memberi penerangan......"Ujian darah Encik memang menunjukkan ada jangkitan kuman. Encik diberi dua pilihan. Pilihan pertama Encik boleh pulang dan pronya Encik boleh makan ubat sendiri dan buat kerja-kerja persendirian, tapi contnya Encik tidak dipantau oleh pihak jururawat. Pilihan kedua Encik boleh masuk wad dan pronya Encik akan dipantau dari masa kesemasa, tapi contnya tangan Encik akan dicucuk jarum sana-sini.

Saya hampir marah campur nak ketawa......adakah ini prosedur baru atau ini prosedur rekaan doktor itu sendiri......dengan tenang dan merenung tepat ke matanya tanda marah, saya menjawab, "Saya pilih untuk tinggal di wad (dalam hati saya teringat akan pesanan doktor di Kilinik swasta, anto-biotics masuk melalui IV (saluran darah) lebih berkesan dari melalui tablets).

Kalau Doktor itu banyak cekadak lagi saya akan berkata, "Woi, saya datang sini bukan untuk makan free...saya memang layak untuk mendapat rawatan percuma setelah memper'hamba'kan diri kepada Kerajaan sekian lama."

Doktor itu kelihatan terkedu dan suruh saya menunggu di 'Yellow Zone' (semi-kritikal).

Di sini saya ter'sadai' selama 2 jam lagi. Dengan kaki berdenyut-denyut......degupan jantung pun makin deras...telingan saya mulai merah kepanasan, saya bertanya kepada Doktor yang lalu di situ, "Apa kesudahan saya ni.....bila lagi boleh masuk wad?" Doktor itu mencari nama saya dalam komputer dan jawab, "Tak ada pun nama Encik." Saya menjawab samabil gelak-gelak kecil tanda marah, "Biar betul Doktor...saya sudah hampir 6 jam di Hospital ini dari mula mendaftar tadi. Selepas itu disuruhnya jururawat mencari dan berjumpa nama saya dan dengan nada Mak nenek meleret-leret berkata, "Ok kejap lagi ada orang bawak Encik naik atas masuk wad."

Lebih kurang 30 minit kemudian datang seorang Hospital attendant berkata, 'Ok ikut saya, boleh berjalankan?' Saya dah malas nak ber'gaduh-gaduh' walaupu bila menoleh sebelah kanan berderet-deret kerusi roda menunggu 'passenger'nya dan berjalan terhincut-hincut naik ke atas masuk wad.

Selebihnya......hari-hari di wad memang menjemukan dengan nasi serta lauk pauk tawar hambar.

Kerja-kerja rutin jururawat, cek gula dalam darah, tekanan darah dan masuk anti-biotics setiap 6 jam 2 botol......amat memeritkan.

Saya juga merakamkan jazakallahu khairon kathiro kepada sahabat handai, jiran tetangga, sahabat seperjuangan dari PAS Cawangan Bdr. Baru Bangi III dan tidak lupa kepada isteri tercinta dan anaknda-anaknda serta cucunda berdua yang bersusah payah kerana saya dan kepada sedara mara yang jauh yang turut mengiringi doa melalui telefon dan SMS......hanya Allah jua membalas budi baik kalian sekian.

Tidak lupa kepada panel Doktor, Jururawat dan semua kakitangan hospital yang memberi sumbangan secara langsung atau tidak langsung untuk menguruskan saya selama 14 belas hari 14 belas malam.

Jumlah bill keseluruhan ialah RM4,560.00 tetapi oleh kerana saya seorang pesara Kerajaan maka semuanya adalah percuma.

Cuba bayangkan jika seorang pesakit tua yang tidak berupaya......bagaimana nak jelaskan bill itu.

Wahai Umno/BN yang diberi amanah untuk menguruskan negara ini......SAKIT bukanlah satu komoditi, ianya adalah tanggungjawab sosial dari seorang pemerintah.

Seorang lelaki berperawakan Umno (ntah bagaiamana, Allah boleh memberi gerakhati akan keterampilan seorang Umno dengan orang biasa.....ki ki ki) bila melihat bill itu lantas berkata, 'Alhamdullillah, sudah berdekad Umno menjaga orang Melayu. Saya menjawab dari atas kerusi roda, "Maaf bang, ini bukan duit dari kantung Umno, ini duit pembayar cukai dan dari hasil khazanah negara. Perubatan bukan hanya untuk orang Melayu, ianya untuk semua warga Malaysia. Ingat bang, SAKIT bukanlah satu komoditi." Sambil saya memegang sepasang tongkat rapat ke dada (manalah tahu orang tua itu menyerang aku...ka ka ka), saya ucapkan salam kepadanya dan isteri menolak kerusi roda dan beredar.

al-brangionline:

Itulah kepala hotak Umno......harta negara dikirakan harta mereka......malah duit 'bela' lembu pun di sapunnya.kakakakka.

p/s

Prosedur bahagian urusan kemasukan wad ada keperluan ditambah baik, otherwise Hospital Serdang ia one of the best dari segi prasarana, ubat-ubat dan kemudahan lain walaupun masih ada ruang untuk penambahbaikan.